Ahad, 12 Julai 2009

SAAT KASIHKU MENGHARAPKAN KASIHMU

SAAT KASIHKU MENGHARAPKAN KASIHMU

(Nasihat untuk diriku dan teman-teman)

Wahai Tuhanku..

Aku rindu kepadamu…

Saat aku melihat kebesaranmu…

Jiwaku meronta sayu…

Meronta-ronta memohon lindunganmu…

Isk..isk tangisanku tak tertahan lagi wahai tuhanku..

Aku benar-benar merindui cintamu…

Jiwaku semakin benci dengan kehidupan ini… Wahai Tuhanku…

Isk..isk..

Benci bukan kerana menolak takdirmu..

Bukan menolak kehendakmu..

Tapi.. isk.isk

Tapi manusia sudah tidak lagi siuman..

Manusia sudah membenarkan janji Kekasihmu Ya AllaaAAHHH…

Manusia yang berkata

Lailahaillallah….

Laaailaaaaaahaillllallaahh.. Muhammadarrasulullah. Allah………..

Allah.

Tenteramkanlah hatiku Ya Allah…

Umat islam sudah saling memakan daging sesama mereka..

Memamah dan melahapnya dengan penuh kebanggaan..

Sebagaimana yang telah engkau umpamakan didalam kalammu Ya Rab.

Mereka tertawa..

Merekalah yang bijaksana, merekalah yang melayari bahtera kebenaran..

Tuhan..

Aku tidak mampu menangisi hidup ini lagi…

Tidak mampu berdiri lagi, terduduk sekalipun.. jasadku kini telah lumpuh semuanya..

Tuhan.. sudikah engkau memangku jasadku..

Sudikah enkau menilai tangisku..

……………………………………

………………….

Seluruh anggotaku sudah terkulai sedu….Ya Allah…

Aku??

A..A..ku.. bimbang..

Tangisan gelisahku ini..

Esoknya kembali tertawa..

Tertawa lupa kepada kasihmu…. Yang Maha Mencintai Cintaku..

Nukilan ini bukan sengaja aku nukilkan, tetapi dinukilkan khusus kepada jiwaku agar ia tenteram walau hanya seketika, bahkan teramat khusus dan teristimewa kepada semua rakan pengendali blogger yang berdiri dengan satu niat, memberi manfaat kepada masyarakat ramai… terutama.. rakan mahasiswa yang mengenali diri ini, semoga penulisan kalian mendapat pengiktirafan Allah s.w.t.

Zaman!, engkau sedang menuju akhir hayatmu, sudikah engkau khabarkan kepadaku bilakah saat engkau akan hancur kerana dicabut nyawamu, mungkin aku bisa mendoakanmu, adakah engkau juga seorang hamba wahai zaman?. Aku beranggapan begitu kerana engkau juga akan hilang, adakah engkau juga hidup?. Zaman! Engkau sedang meniti perjalananmu sekarang, sedangkan aku sekarang meniti mu wahai Zaman. Rupanya aku juga akan lenyap bersamamu… Tapi, aku akan kembali di hadap kepada Tuhanku nanti…..!!!!

Wahai teman-temanku, sedar atau tidak sedar, kita semua rupanya akan lenyap, lenyap pula bukan selamanya, sebaliknya hidup di sisi Tuhan. Kemudian kita akan diadili dan ditawarkan dengan dua pilihan, kebahagiaan iaitu(Syurga) kesiksaan iaitu(Neraka). Kedua pilihan ini merupakan kehidupan yang kekal yang dianugerahkan kepada kita semua terdiri daripada Jin dan Manusia. Akan tetapi seharusnya kita patut menyedari, yang kedua pilihan ini sebenarnya harus di pilih daripada kehidupan sekarang, di pilih dengan segala khudrat kita, di bumi ini yakni kehidupan duniawi(ad dunya), bermulanya dari dalam hati, terangsang pula ke legar pemikiran sehingga tertejemahlah ianya kepada perbuatan (kehidupan kita) maka ini semua adalah pilihan yang telah kita buat untuk mendapatkan dua pilihan tadi.

Dalam kehidupan kita, tiada istilah kebetulan ianya terjadi, semuanya telah tertulis di Arash Allah s.w.t dan seharusnyalah kita umat islam khususnya MAHASISWA, menilai sebaik-baiknya, bahawa yang manakah akan memberatkan pilihan kita kepada tawaran kebahagian iaitu(Syurga) dan yang mana pula memberatkan kepada tawaran kesiksaan iaitu(Neraka). Justeru, kita yang bakal bergelar Sarjana Muda, Ijazah, dan Diploma seharusnya lebih bijak menghitung diantara kebahagian dan kesiksaan untuk dijadikan kehidupan yang berkekalan berbanding golongan-golongan nelayan,petani, dan manusia yang tidak berpendidikan setinggi kita. Hari ini kita sering berusaha, sedaya yang munkin, kita kerahkan minda, menayangkan kebijaksanaan, demi menempelak sesama saudara kita, dan terhamburlah pujian, tersenyumlah kita, sedar tidak sedar, adakah perbuatan kita ini sebenar-benarnya di dalam pilihan untuk memilih kebahagiaan atau memilih kesiksaan, bukan untuk sekarang, tetapi kehidupan di sisi Allah az Zawajal yang kekal selamanya. Dan sememangnya dalam hidup kita ini tiada yang kebetulan, semuanya dari usaha kita, maka tulisan kita akan diadili dan di hakimi oleh Allah s.w.t. .Namun, kita semua akan beroleh kebahagiaan, jika tulisan-tulisan yang kita zahirkan walau dimana sahaja, dengan tujuan untuk memuliakan Islam (agama di sisi Allah s.w.t) apatah lagi untuk menegakkannya maka kita semua nyata telah berusaha untuk membuat pilihan di golongan kebahagiaan iaitu(Syurga) untuk kehidupan yang abadi. Begitulah sebaliknya, Bukan hanya tulisan, perbuatan sekalipun secara keseluruhannya kita menyebut gerak geri, jika semuanya kita sandarkan kepada membantu manusia (sesama makhluk/hamba) dengan kemurniaan hati, bermakna kita telah memilih jalan kebahagiaan. Jadi anda sahabat-sahabatku Parti Mahasiswa Negara (PMN) kalau anda nak bertanding, nak masuk pilihan raya semata-mata nak tolong manusia, dan bukan kerana kemegahan semata-mata, anda juga memilih jalan kebahagiaan, namun kesilapan harus diinsafi dan diteliti, demi menjamin kemurniaan hati. Untuk berbakti dan beramal, kita tidak perlu kepada sijil-sijil yang asal usulnya diperkenalkan golongan barat, membuatkan kita terpaksa menunggu sekian waktu terlebih dahulu baru kita hendak berbakti, itu adalah sedikit kesilapan dan kelalaian kepada kita sebenarnya.

Apapun..artikel ini bukan untuk menggodam sesiapa, tetapi sekadar memberi sokongan serta dorongan kepada sesiapa sahaja khususnya rakan-rakan mahasiswa, yang niat mereka untuk berbakti dan beramal kepada manusia, yang bererti beramal kepada Tuhannya, bahkan di dalam kandang kandung kalimah Lailahaillallah, sebenar-benarnya mereka melakukan pemilihan yang membawa kehakiman Allah s.w.t akan menawarkan kebahagian kepada mereka di hari yang kekal abadi kelak. Namun, harus di ingat oleh kita semua yang menggunakan laman blog ini untuk memerah pendapat dan perkongsian ilmu, di setiap ingin memulakan penulisan atau pembacaan sekalipun, mulakanlah dengan niat demi menegakkan Islam, pastikanlah penulisan kita tersebut adalah semata-mata untuk berperang sesama saudara muslimkah atau sebagai nasihat sesama kita. Soal betul atau salah, kita telah pun berniat untuk kebaikkan agama Allah, tetapi dek kerana kita yang lemah, jahil, maka kita renungkanlah kembali kesilapan kita…..

Wallaahuaqlam…

Selamat berjuang wahai sekalian pewaris rantai-rantai Syuhada’ pastikan kalian di dalam pelayaran menuju ke kepulauan KEBAHAGIAAN.

Tiada ulasan:

Kerabat

Kerabat