Sabtu, 10 Januari 2009

Kisah Sepohon Pokok Epal

Kisah Sepohon Pokok Epal

Tertulis sebuah kisah di sebuah perkampungan yang nun hening berhampiran lereng sebuah gunung, suasananya tersangat indah pada ketika pagi dan petangnya dihamparan rumput menghijau yang luas memenuhi kawasan persekitaran kaki gunung tersebut, indahnya gunung tersebut diberi nama gunung permata. Dan di kelapangan luas pembentangan ladang rumput yang menghijau tersebut tumbuh sepohon pokok epal yang sangat besar, subur dan rendang, dan pohon epal tersebut juga merupakan tempat permainan seorang kanak-kanak yang selalu menghabiskan banyak waktunya dengan bermain bersama pohon epal tersebut, pohon epal tersebut berasa sangat gembira melihat kanak-kanak tersebut asyik bermain dengan dahan-dahannya yang rendang. Sambil bermain kanak-kanak itu turut menikmati buah epal yang sangat manis dan ia makan sepuas-puasnya dan sekeyang-keyangnya sehingga ianya terlelap dan lena dibuai dedaunan yang segar membaluti tubuh kanak-kanak tersebut di atas dahan-dahan yang rendang. Begitulah kisah persahabatan diantara kanak-kanak itu dengan pohon epal tersebut, begitu jugalah setiap hari kanak-kanak itu pasti akan datang bermain bersama dengan pohon epal tersebut dan pulang bila waktu hampir menjelang malam.



Suatu hari, pohon epal tersebut ternanti-nanti kanak-kanak itu seperti hari-hari biasa, namun kanak-kanak itu tak kunjung tiba, dan keesokkan harinya dari jauh ia melihat kanak-kanak itu datang menuju kepadanya, pohon epal itu berasa sangat gembira dan berkata

“Wahai kawanku marilah bermain denganku, sesungguhnya aku sangat merindui kamu setelah sehari engkau tidak bermain denganku”

namun kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri dan terus berdiri di bawah pohon tersebut,

pohon epal pun bertanya “ wahai kawanku, mengapa engkau kelihatan tidak seriang dahulu, kenapakah engkau bersedih? Marilah bermain denganku ini, aku sangat menyayangi kamu”

lalu kanak-kanak itu menjawab “Wahai kawanku hari ini aku bukan lagi kanak-kanak seperti yang engkau kenal dahulu, berlari-lari bermain di sekitarmu, memanjat-manjat dahanmu, tapi hari ini aku telah remaja dan aku perlu bermain dengan kawan-kawan remajaku” jawab kanak-kanak tersebut.

Pohon epal berasa sangat sedih dan ia berkata “wahai kawan ku, aku terlupa bahawa engkau sudahpun remaja, pergilah engkau bermain dengan kawan-kawanmu, bila engkau mempunyai masalah datanglah bermain dengan ku, sesungguhnya aku sentiasa menyenangi mu” kanak-kanak tersebut lantas terus bejalan meninggalkan pohon epal tersebut. Pohon epal berdukacita dan sangat sedih melihat budak itu berlalu pergi tanpa sepatah kata,

Setelah sekian lama, kanak-kanak yang telah remaja itu datang kembali kepada pohon epal tersebut, pohon epal tersebut berasa sangat-sangat gembira melihat kanak-kanak remaja itu kembali menemuinya,

Dan ia berkata, “ wahai kawan ku, sekian lama aku merindui kamu, marilah bermain dengan ku ini, sudah lama aku tidak bermain dengan mu” luah pohon epal kepada kawannya dengan penuh kemesraan.

Lalu Budak remaja itu berkata “ wahai kawan ku, aku bukan lagi budak remaja yang dahulu, kini aku telahpun dewasa dan ingin mempunyai isteri, namun aku tidak mempunyai duit untuk memenuhi kehendak tersebut” terang budak remaja yang telah dewasa itu dengan wajah yang sedih,

Mendengar luahan dari kawannya itu pohon epal berasa serba salah dan berkata “ usahlah engkau bersedih wahai kawan ku, engkau petiklah semua buah yang ada di dahanku, kemudian engkau jualkanlah ksemuanya, dan engkau gunakanlah duit tersebut sebagai penyelesaiannya. ” cadang pohon epal dengan penuh harapan.

Dengan tersenyum gembira remaja dewasa itu pun segera memanjat pohon epal tersebut dan mengambil kesemua buahnya kemudian ia pun pergi dengan hati yang riang untuk menjual epal tersebut maka dapatlah remaja tersebut berkahwin dengan seorang wanita pilihannya.

Beberapa lama kemudian, remaja dewasa itu kembali lagi kepada pohon epal tersebut, pohon epal berasa gembira melihat remaja dewasa tersebut datang kepadanya, dan ia bertanya, “ wahai kawan ku, apakah engkau telah memiliki teman hidup mu seperti yang engkau ceritakan dahulu?”

Remaja dewasa itu pun menjawab “ ya’ aku sudah mempunyai keluarga, tapi aku memerlukan sebuah rumah untuk kami tinggal bersama-sama” cerita remaja dewasa itu dalam nada bersalah.

Melihat keadaan tersebut, pohon epal sentiasa mencari ruang untuk ia membantu sahabatnya itu,

“ kawan ku, sesungguhnya aku tidak mempunyai wang walaupun sedikit untuk engkau dapat memiliki rumah tersebut, tetapi engkau potonglah dahan-dahan ku yang rendang agar engkau dapat mendirikan rumah tersebut” dengan penuh pengorbanan dan harapan pohon epal itu berharap remaja dewasa itu kembali gembira.

Mendengar penjelasan itu, remaja dewasa tersebut berasa sangat-sangat gembira lantas ia memotong semua dahan-dahan pohon epal itu dan membawanya pulang.

Walaupun sebahagian pohan epal itu telahpun habis digunakan, namun ia tetap gembira kerana dapat menyenangkan dan mengembirakan sahabatnya itu. Maka tinggallah pohon itu keseorangan dalam meneruskan sisa-sisa kehidupanya.

Beberapa lama tidak melihat sahabatnya itu, pohon epal sering tertanya-tanya, apakah kawannya bahagia dengan rumah yang dibinanya,

Tidak beberapa lama kemudian sahabatnyanya itu pun muncul dengan tubuh yang sihat dan cergas

Dengan gembira pohon epal berkata,
“ sekian lama aku merindui kamu wahai kawan ku, apakah engkau bahagia dengan rumah baru mu itu, bagaimanakah dengan kehidupan mu hari ini?’

Dengan nada muram remaja dewasa itu menjawab “ sesungguhnya aku sangat bahagia dengan rumah baru ku itu, namun kini aku mempunyai cita-cita untuk berlayar mengelilingi dunia, dan aku ingin menikmati keindahannya, sementara tubuh ku masih sihat dan bertenaga, akan tetapi bagaimana untuk aku memenuhi kehendak ini sebelum tubuh ku lemah.”

Kata-kata remaja dewasa itu menyebabkan pohon epal sekali lagi berasa sedih kerana tidak dapat membantu kawannya itu, kata pohon itu “ wahai kawanku, aku sentiasa mengharapkan dapat membantumu, namun aku juga tidak mempunyai kekuatan untuk menolongmu, namun aku masih mempunyai satu batang yang besar, engkau tebanglah dan jadikanlah ianya kapal untuk engkau berlayar mengelilingi dunia, hanya itu nyang aku mampu membantumu” kata pohon epal dengan penuh penyesalan dan sangat mengharapkan dapt menunaikan cita-cita sahabatnya.

Dengan perasaan gembira dan terharu, remaja dewasa itu pun menebang pohon epal itu dan membina sebuah kapal, dan belayarlah ia ke seluruh dunia.. setelah ia puas dengan pelayaran dan berasa sudah letih dengan hidup, ia pun kembali lagi ketempat permainannya ketika kecil dahulu, dan ketika itu hanya tinggal tunggul epal sahaja yang telah pun mati, lalu ia pun duduk tersandar di tunggul tersebut sambil melepaskan lelah………

??+&@**%!~C”^-#.....................

APAKAH KESUDAHANNYA…

Kisah pohon epal ini sengaja direka bertujuan mengambarkan, begitulah hidupnya manusia dan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang dilakonkan oleh pohon epal. Perumpamaan yang dibuat bagaimana kita melihat, seorang anak walaubagaimana keadaan mereka sekalipun suatu hari mereka pasti akan kembali kepada ibu mereka bila mana mereka didalam kesusahan namun jarang sekali apabila mereka berada di dalam kesenangan mereka akan mengenan jasa-jasa ibu mereka, sepertimana kisah diatas, si ibu sentiasa mencuba untuk memenuhi kehendak dan cita-cita si anak walaupun akhirnya mengorbankan nyawanya sendiri, namun sejauhmanakah si anak menyedari kesedihan yang dialami si ibu yang sentiasa bimbang keselamatan anaknya setiap kali anaknya pergi berjauhan, perumpamaan di atas juga menunjukkan dewasa manpun kita kita tetap perlu kepada bantuan dan kasih seorang ibu. SESUNGGUHNYA PENGORBANAN SEORANG IBU ITU TERSANGATLAH BESAR DAN TIADA NILAI UNTUK MEMBALASNYA……….

Kisah ini di tulis semula cz artikel asli
penulisnya hilang dalam simpanan

Rabu, 7 Januari 2009


KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam mencadangkan rancangan untuk menamatkan pertempuran di Gaza, termasuk menggesa supaya diadakan gencatan senjata secara serta-merta antara Hamas dan Israel.

Berapa ribu kali lagikah kita mahu berdamai dengan gencatan senjata...
kerana ianya tidak pernah dihormati oleh Israel!!!

Arab saudi sendiri tidak membenarkan Anak Gadaffi mendarat di lapangan terbangnya untuk meniupkan semangat jihad Palestin..

MENUNGKAH GENERASI UNGGUL




Siapakah manusia sebenarnya..?

Mengapa berbilang bangsa dan bahasa..?

Adakah dunia selain kehidupan ini......?

MENUNGKAH GENERASI UNGGUL


Malaysiaku kian di hormati…. Sangat dikagumi segenap dunia, namun apakah resepinya untuk kita kongsikan bersama, apakah kejayaan yang menungkah Malaysia sehingga terkenal di mata dunia….


Saya melihat pokoknya bermula apabila usaha menggarap pembangunan melalui memperkasakan pendidikan Negara, jadi isunya yang ingin dikongsikan bersama adalah “Usaha memperkasakan pendidikan di Negara kita berjaya melahirkan mereka yang cerdik pandai” tak sungguh tak kata.. tiada siapa dapat menafikan perkembangan ini, buktinya…Malaysia mempunyai pakar-pakar dalam bidang-bidang professional dunia seperti pakar teknologi, ekonomi, enginer dan bidang penyelidikan malah mampu melahirkan pula ramai generasi baru yang pakar dalam bidang-bidang terkemuka.

Lagi membanggakan Negara, kita juga mampu menempa nama dengan pelbagai keberanian dan semangat jitu yang di tunjukkan oleh anak jati Negara, antaranya pendakian everes, penjelajahan kawasan kutub utara, renangan merentasi lautan yang luas dan banyak lagi, paling membanggakan kita baru-baru ini apabila seorang daripada rakyat Malaysia telah dinobatkan sebagai seorang angkasawan dan usaha gigih telahpun dipertingkatkan bagi melahirkan lebih ramai individu yang bakal meneruskan misi menakluki ilmu angkasa………..


Meringankan Pemikiran


Sebenarnya saya tertanya-tanya… kita mampu melahirkan ramai cendikiawan-cendikiawan ternama, golongan-golongan koporat yang mampu mencetuskan kemajuan Negara serta ketokohan pemimpin-pemimpin politik yang telah menjenamakan Malaysia di mata dunia, sedihnya, dalam waktu yang sama ramai juga generasi belia dan beliawanis kita jauh terpesong daripada pedoman hidup dan akhlak budaya Malaysia yang sebenar, iaitu kesopanan dan ketatatusilaan.

Saya tidak pasti, samaada anda semua menyedarinya atau saya hanya berbicara untuk memburukkan mana-mana pihak, namun saya sebutkan di sini, adalah atas rasa simpati memandangkan saudara terdekat saya turut termasuk dan berada di dalam carta mereka-mereka yang terpinggir dan berada dalam situasi membimbangkan….




Salah Siapa Sebenarnya

??? itulah yang perlu kita fikirkan……….

Salah siapa bukan matlamat kita, tapi??? Tanggungjawab siapa itu yang perlu kita perkasakan, serta tunjangnya.. mengapa fenomena ini berlaku?







Persoalannya


Apakah kita semua sedar? Hampir sebahagian mahasiswa yang berada di kampus-kampus hari ini merupakan mereka-mereka yang menyumbang kepada gejala sosial yang melampaui batas…… yang semakin hari semakin berusaha menghilangkan titik-titik iman di dada dan generasi inilah yang bakal menggantikan kepimpinan Malaysia kita kelak.. Mendukacitakan, tiada dara bagi anak gadis suatu kebanggaan buat remaja wanita Malaysia kita saat ini, justeru tidak cukup jika ada pihak yang bimbang kerana berkurangnya generasi kita atas alsan ramai rakyat kini berkahwin lambat, tetapi seharusnya bertindak lebih tegas keatas mereka yang berusaha melahirkan generasi pemusnah yang generasi ini sendiri tidak rela dilahirkan sedemikian.


Jawapannya………………………………………VVVVVVV


Sebenarnya kita gagal menterjemahkan matlamat serta asal usul dilemparnya manusia kedunia ini di dalam arena pendidikan kita, menyebabkan kita tersalah mensasar dan mencapai tujuan yang salah, bahkan kita telah memberikan pelbagai asbab, yang ia bukanlah salah kita, tetapi hakikatnya kitalah yang menganjurkan kerosakan landasan mereka, akhirnya kita tetap berkata kitalah di jalan yang benar, maka terlindunglah cahaya yang memanggil manusia kembali kepada pangkalnya………………………

Yakni memahami ia sekadar ciptaan yang akan dinilai kembali..


Wallah hua’lam…


Manusia Yang Unggul



MANUSIA YANG UNGGUL

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Selamat sejahtera dan bahagia hendaknya kepada semua yang sudi membaca artikel dan luahan pendapat sebegini, secara tidak dirancang kita dipertemukan di atas satu medan yang kita tidak melihat antara satu sama lain, akan tetapi saya pasti kita mempunyai citarasa yang sama dari sudut memngembara di dunia fana ini, yakni mencari keredhaan Yang Maha Kuasa…
Apa yang boleh kita bincang serta kongsikan disini samalah sepertimana yang diperbincangkan kebanyakan masyarakat awam mahupun tokoh-tokoh ternama. Isunya, “MANUSIA YANG UNGGUL”. Bangkitnya isu ini adalah kerana saya amat tertarik dengan ulasan akhbar-akhbar kebelakangan ini yang sering melapor tentang unggulnya seseorang individu, maksudnya di sini, menjaja dan melaporkan puplisiti seseorang yang membangun dalam pelbagai bidang di Negara kita, mereka yang dibicara antaranya artis-artis yang menjadi igauan kita, atlit-atlit harapan dan tokoh-tokoh perniagaan serta individu-individu yang melaporkan kejayaan buat Negara kita yang dicintai…


MANUSIA YANG UNGGUL

Seterusnya, bagi saya manusia unggul dari sudut hakikat kejadian dan kewujudan alam adalah mereka yang mampu meraih KEREDHAAN Allah semata-mata kerana Allah lah empunya segala yang ada, mahupun yang kita melihat bahkan yang tidak pernah terfikir sekalipun!!!, mengapa saya mengatakan mereka ini yang UNGGUL, kerana mereka bakal menerima anugerah tertinggi dalam satu temasya padang mahsyar yang disebut oleh Pencipta Alam sebagai pesta ganjaran buat hamba-hambanya… begitulah isunya yang ingin saya perkatakan.
Tentu tidak adil jika saya berbicara dan berpendapat sedemikian, alasannya… kerana latar belakang dan pemikiran kita yang berbeza, andai sayalah mencari makan serta rezeki sebagai seorang wartawan, yang pertama saya pasti berfikir, bagaimana aku mahu meneruja pembaca-pembaca artikel dan karyaku?. Pasti saya akan mengeluarkan bahan bacaan yang memenuhi permintaan ramai malah di idamkan setiap masa oleh pembaca-pembaca, persoalannya kerana saya mencari rezeki dengan daya sebegitu, dan itulah cara yang mampu saya lakukan…..


Sebenarnya, orang yang berfikiran terbuka serta positif idienya, mereka tidak akan berfikir tentang kepentingan diri mereka, sebaliknya akan cuba sedaya untuk memberi impak terbaik kepada keperluaan dan kepentingan umum(ummah). Andainya saya seorang pemain bola sepak misalnya, saya perlu mempamerkan aksi yang terbaik serta meningkat dan mengekalkan prestasi hatta kecergasan bagi mempastikan saya terus kekal diberi kepercayaan oleh pengurus pasukan dan peminat umumnya…
Tetapi apapun yang ingin saya sampaikan sebernarnya memang sukar untuk dibahaskan, tetapi sebagaimana permintaan masyarakat kini yang sering melafazkan “OPEN MINDED” maka secara praktiknya saya memulakan asas pemikiran dengan meletakkan apa matlamatnya satu-satunya perbuatan saya terhadap sesuatu pekerjaan? Maka setiap kali saya bergerak, lidah berbicara dan akal berfikir… maka saya akan bertanya “kenapa aku mesti begini dan begini, siapa yang suruh dan siapa yang larang dan adakah yang suka dengan sedemikian?”. Haaa.. lebih kurang la contohnya, memandangkan saya berbagsa MELAYU dan BERAGAMA ISLAM, saya mempunyai Pencipta (Allah) yangmana saya mesti patuh dan taat kepada suruh dean larangnya sebagaimana yang terpandu di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Maka setiap gerak geri saya pasti dan wajib saya hadapkan kepada Tuan saya agar saya akan sentiasa dikasihi bahkan dilimpahi rahmat sepanjang masa, yaa.. adapun saya tetap melakukan kesalahan, dengan pemurahnya Tuan saya, Ia(Allah SWT) mengajar agar saya kembali memohon maaf dengan kesalahan yang telah dilakukan serta berazam tidak akan mengulanginya…..

Akhirnya saya hanya meluahkan pendapat dan pandangan peribadi, maafkan saya andai tak dapat memberikan jawapan kepada anda siapakah manusia yang unggul sebenarnya……..?

Tetapi saya tahu siapa yang mempunyai jawapan ini….
Untuk mengetahuinya, kamu mesti merujuk kepada perkataan di bawah dan satukan huruf-huruf abjad yang berhuruf besar mengikut susunan perkataan yang terawal….

Selamat menuju kejayaan dan menjadi manusia yang unggul…

kekejaman Di palestIn adalah angkaRa Israiel laKnatullah...
Isu yang Tak pernAh di Sokong sErta di paNDang sIRIus oleh pimpinan amarika..

Ahad, 4 Januari 2009

Air Mataku Untukmu Palestin


Ragam dunia sangat mengembirakanmu wahai bumi Palestin, Wajah-wajah penghunimu, pasti mereka tersenyum bahagia perjuangan mereka memerdekakan hak mereka di tunjangi segenap umat dunia walaupun bukan seagama... tapi pandanganku berbeza saudara, kerana aku tahu kamu berperang bukan untuk berjuang tapi adalah berjihad yang membuka seluas-luasnya pintu yang lebih bahagia daripada senyuman seorang kekasih, kadang-kadang aku gembira, kekejaman Zionist laknatullah itu dikecam seluruh umat dunia, tidak ketinggalan saudara-saudaramu dari Malaysia, kami berkumpul, melaungkan keamanan untukmu Palestin, kami tadahkan tangan dan wajah-wajah kami ke langit............ kami berkata "Yaa Rab,Yaaa Raaab, menangkanlah Islam, tenteramkanlah saudara-saudara kami dari Palestin, hancurkanlah Yahudi, lenyapkanlah Israel" dalam nada doa, pasti Tuhan simpati dengan laungan mujahadah itu beramai-ramai, awan mula berubah berarak memayugi laungan keamanan kami, seakan turut "Amin" apa yang kami hajat dan doakan, Aku pasti keamanan akan berpihak kepadamu saudara-saudaraku, dengan terbukanya pintu-pintu syuhada yang lebih luas keatas sekalian nyawa Muslim di bumi palestin...
"Laknat" dengan sebak di dada ruhku berbahasa, bertanya cerita siapa yang laknat, Israelkah, atau orang yang membayar tunai untuk pelupusan bangsa di bumi Palestin..
berdentumlah jiwa nurani, sabung menyabung pemikiran yang aktif bersalur maklumat-maklumat sekitar, dalam erti usaha mencari pembunuh senyap saudara-saudaraku RAKYAT Palestin.... bernadalah "PALASTINA RUHUNA" dari jiwa yang memberontak.. saat itu terhijablah segala angkara, siapa sebenarnya dalang pembunuhan mereka di palestin?
bercucuranlah air mataku... sia-sia usaku menadah tangan menjunjung rahmat agar bebasnya saudara-saudaraku di bumi Palestin..
saat yang sama..
akulah yang menghulurkan bantuan kekejaman Israel, aku dan saudaraku dari Malaysialah yang menyalakan api-api dari muncung rokok untuk mengebom UMAT ISLAM PALESTIN!!!
siapa sangka, kematian manusia di bumimu Palestin adalah dorongan serta usaha kami dari Malaysia yang melafazkan Syahadah sama sebagaimana kamu di Bumi Palestin..
yang akhirnya kami menyesal dalam usaha menghancurkan UMAT ISLAM PALESTIN.

MULAI SAAT INI WAHAI SAUDARA...
sama-samalah kita tekatkan Do'a
bahawa kita tidak hanya berduka tersiksanya rakyat Palestin.
tetapi kita berbicara sangat-sangat berduka dan kecewa
kerana kitalah yang menyumbangkan dana kepada mereka
yang kita gelarkan laknatullah...
tidakkah kita juga.. dari kalangan laknatullah yang kita sendiri ertikan
dalam makna bersubahat dalam membunuh saudara kita.

Wallahu'aqlam...

Kerabat

Kerabat