Memaparkan catatan dengan label artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artikel. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Ramadan Mengajar kita Erti.......!!

RAMADAN MENGAJAR KITA ERTI…………….
Ramadan,
Padanya ada nikmat yang tak terlafaz,
Padanya tersembunyi sejuta kemanisan….,
Padanya juga terselit perih-perih pengajaran…,

Lalu, sudahkah kita sedarinya, sudahkah kita tatapinya dan sudahkah kita memilikinya?
Ketahuilah wahai insan-insan sekalian, sesungguhnya tiada lagi bulan-bulan yang seindah Ramadan, dan ketahuilah jua, bahawa tiada lagi kemanisan hidup melainkan merasai kenikmatan berTuhan.

Genaplah sudah hari ini 18 hari kita berlayar di kedamaian Ramadan, apakah Ramadan kita tenang, aman, lapang dan amat mempesonakan… atau Ramadan kita amat memeritkat,? malah melunturkan jiwa untuk terus berbakti kepada hidup.

Hari ini hanya berbaki 1/3 sahaja lagi hari-hari berharga untuk kita layarinya, kerana di sinilah hari-hari keemasan untuk kita meraih keuntungan berganda dari ILAHI, 11 bulan kita mengalami susut naiknya saham amal, kini sebulan Ramadan Allah yang menguasai Kemuliaan membuka seluas-luasnya KepemurahanNya dengan menawarkan perniagaan yang keuntungannya berganda 100%. Walaupun modalnya hanya sekecil benih sawi… bahkan menjajanjikan tiada sesiapa yang akan kerugian jika melaburkan saham amal sepanjang bulan ini. Namun, jika masih ada insan-insan yang mengalami kerugian dan bankrap, nasib apakah mereka ini, hanya mereka yang tahu…

RENUNGLAH….ooohh insan!

Kehidupan kita tidaklah semuanya seindah bicara ini, tidaklah semua kita memiliki dan dipenuhi. Kerana Allah s.w.t Maha Mengetahui dan Maha Menguasai apa yang telah ia jadikan. Sedang kita tak termampu menghabis makanan santapan berbuka, ada pula insan-insan lain yang terpaksa meneruskan berpuasa, tercari-cari sumber, dari mana untuk ia perolehi secebis makanan bagi menyabung tenaga untuk kembali meneruskan IBADAH PUASA. SEDARKAH KITA, kadang-kadang mereka tak pernah berhajat untuk meminta dan memperoleh simpati daripada kita si makhluk, kerana mereka yakin dan bergantung teguh sepenuhnya kepada yang Maha Memberi. Namun perasankah kita tentang mengapa ketika kita sedang menikmati sebahagian nikmat dunia bersama keluarga, ada saja pengemis yang datang memohon simpati. Begitu juga ketika kita gembira sedang dalam perjalanan kembali ke kampung untuk meraikan Aidulfitri, kita terserempak pula dengan musibah di perjalanan. Tahukah kita mengapa Allah pertontonkan hal-hal sedemikian kepada kita..

INSAFILAH… wahai insan, sesungguhnya Allah itu Maha Mentadbir dan Maha Menyantuni, segala yang berlaku dan kadang-kadang tidak melibatkan kita, namun Allah mempersaksikan kepada kita. Maka di situ sudah pastilah ada kaitannya dengan jiwa dan kehidupan kita, tidakkah kita sedar yang Allah menyatakan Firmannya yang bermaksud ; “Dan ingatlah juga tatkala Tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Ibrahim 14; 7.)

Justeru wahai sekalian insan-insani, kembalilah kita kepada Allah, TAJA’LLIkanlah ‘Qalbu’ kita dengan Kasih Sayang Allah, renungkanlah dunia ini dengan pandangan hati yang murni, yang berhajat kepada setiap Rahsia yang disembunyikan Allah pada setiap kejadian dan peristiwanya, dan “PASTI”, kita akan terlihat indahnya hikmah Allah mentadbir dunia ini dan hikmahnya Allah mengawasi hambanya. Ini kerana Allah s.w.t mahukan amal daripada kita semudah-mudah dan seringan-ringan amal, dengan mengirimkan pengemis kepada kita, Allah mahukan kita berkongsi sedikit rahmat-Nya bersama orang lain, di sini Allah s.w.t ingin menguji hambanya, apakah mereka akan bersyukur dengan mengucapkan kata-kata yang baik kepada si pengemis bahkan akan menghulur sumbangan sebagai tanda mengasihi sesama manusia.

Adapun kadang-kadang kita kurang meyakini, ketika melalui jalan-jalan raya, musibahkah ia, panorama indahkah ia, hakikatnya semua itu juga adalah kesaksian Allah terhadap hamba-hambanya, apakah mereka akan bersyukur dengan apa yang mereka hadapi sekarang, dan berfikirkah mereka dengan apa yang mereka pandang. Justeru itu, dengan berbaki 1/3 Ramadan ini marilah kita muhasabahkan, susahkah sebenarnya untuk kita detikkan ‘Alhamdulillah’ pada setiap detik hati kita bila tersenyum dengan nikmat-Nya, cukuplah jika kita terasa REDHA kerana berTuhan. REDHA dengan apa sahaja ketentuan, itu juga sangat menguntungkan bagi seseorang hamba ke atas Tuhannya.

Wadah ini ditulis atas rasa terharu tatkala penulis sedang beristirehat di asrama sekitar jam 12.15 tengah hari, sabtu 28 Ogos 2010 M bersamaan 18 Ramadan 1431 H. penulis disapa dengan Salam oleh dua kanak-kanak seusia 11, ke 12 tahun. Mereka datang menjual kuih bangkit dan karipap dengan berbasikal sedang mereka juga sedang berpuasa.

Sama-samalah kita hayati persekitaran kita sepanjang Ramadan ini.
Wallahu’Aqlam…

Sabtu, 14 Ogos 2010

Raikan Ramadan Dengan Latihan Amal


Marhaban ya Ramadan,
Marhaban bika’ ya Syahru Ramadan,
Marhaban bika’ ya Syahru’ Quf’ran,
Marhaban bika’ ya Syahru’ Shi’am,
Marhaban bika’ ya Syahru’ Qiam,
Marhaban ya Ramadan…….

Barakallah Hu’ fihi…..

Assalamualaikum wahai sekalian saudaraku, semoga redha Allah menaungi kehidupan kita semua. mengenangkan Ramadan yang dipenuhi kebesaran rahsia-rahsia Allah dan Rahmatnya, marilah kita mengibarkan panji-panji perjuangan, membuka seluas-luasnya kerelaan, dan mengangkat setinggi-tingginya amalan…

Mudah-mudahan Cinta Allah jatuh kepangkuan kita.

Mendalami syarahan sang guru ini, marilah sama-sama kita jadikan diri kita diantara orang yang takut kepada Allah..

Siapapun yang takut pada Allah, Allah membuatnya tidak takut pada apapun. Semua kitab dan para Utusan-Nya di kirim agar mengajari anak-anak Adam agar takut pada-Nya. Dari pohon takut dan kecintaan pada-Nya, tumbuhlah semua maqam dan semua ilmu pengetahuan. Siapa yang takut pada-Nya akan dianugerahi Pengetahuan tentang Allah ( ‘ilmun ladunni) yang sebelumnya belum pernah dia dengar, lihat atau pelajari.

Allah mengajari kita di tangan para Nabi dan Awliya agar menjaga adab kita bersama Tuhan. Siapapun yang menjaga adab-nya akan mencapai tingkatan spiritual yang tertinggi. Para Awliya tidak mudah mempercayai seseorang yang datang pada mereka. Allah telah memberi perintah agar mereka tidak mengandalkan pada umat kecuali setelah lolos tahap pengujian. Seperti Nabi diperintahkan juga agar tidak mengandalkan setiap sahabat sampai mereka melalui ujian-ujian. Siapa yang belum memiliki hati yang jernih ( qalbun salim ) Allah akan menyempurnakan hamba-hamba-Nya melalui khalwat, latihan dan ujian sampai dia menjadi qalbun salim.
(Syaikh Muhammad Adnan Kabbani)

Wahai sekalian saudaraku, saban hari yang kita lalui selama ini, apakah kita penuhi dengan rasa syukur kepada Allah/ atau perkara yang sebaliknya kita hiasi kehidupan ini.

Hari ini, setelah sekian lama tidak menulis dan memmuatkan bahan bacaan di blog, akhirnya Ramadan 1431 H bersamaan 2010 M, terpancar satu rasa kebersamaan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman bersama kalian di ruangan maya ini.

RAMADAN AL MUBARAK’
Seluruh umat islam mengetahui besar dan hebatnya fadhilat yang terdapat di bulan Ramadan, yang mana padanya terdapat malam yang ganjaran amalnya menyamai 1000 bulan. Namun apa yang menjadi persoalan, kadang-kadang kita seakan tidak merasakan anugerah ini, bukan hanya kerana satu malam yang menyamai seribu bulan, tetapi hari-harinya yang juga digandakan amal seseorang kepada 10x ganda berbanding bulan-bulan biasa. Namun majoriti umat islam masih biasa dan leka menyambut anugerah luar biasa ini. Adapun sesetengahnya dari kalangan kita ada yang menggandakan amalan tetapi tidaklah semaksima mungkin. Bunyinya seakan senang bicara penulis1. Benar, semua yang telah penulis bicarakan adalah sukar bagi kita umat Islam diakhir-akhir abad ini, yang suasananya memerlukan dunia untuk mencapai akhirat. Wang misalnya, wang adalah alat yang penting untuk mencapai matlamat hidup hari ini, tanpa wang seseorang sukar bergerak ke majlis ilmu, menghadiri rumah-rumah Allah dan bagi menghulurkan sedekah jariah, namun masih ada dan terdapat ramai dikalangan umat Islam saat ini yang masih kurang meyakini yang wang bukanlah punca dan nadi utama untuk kita beramal.

Islam sangat mudah, bahkan ia tidak membebankan, antaranya kita hanya boleh bersedekah dengan hanya mengutus senyuman, membuang duri atau kayu yang menghalang laluan awam bahkan banyak lagi…

Justeru, Ramadan ini semuanya berganda jika kita melakukan amal. Maka, dengan anugerah ini marilah kita semua melatih mendisiplinkan diri dalam amal dan ihsan di bulan yang barakah ini. Ini kerana seperti yang semua umat Islam tahu.. apabila tenggelamnya matahari terakhir sya’ban maka iblis-iblis kesemunya akan dirantai dan dibelenggu dari menghasud dan menggoda manusia. Maka gunakanlah kesempatan ini untuk melatih dan mendisiplinkan diri dalam beramal agar hari-hari selepas Ramadan dapat kita lalui dengan tenang dan selamat.

BULAN MENDISIPLINKAN JIWA
Antara yang boleh kita lakukan bagi mendisiplinkan jiwa dalam beramal melatih membaca zikir-zikir dan mempraktikkan solat-solat sunat tambahan selain terawih. Antara zikir yang afdhal diamalkan;

1-      Istiqfar, ‘Astaqfirullah hal,A’zim’ 70x setiap selepas solat dan sebelum tidur.
2-      Berselawat ke atas Nabi saw. 10x setiap selepas solat lima waktu dan 100x setiap sebelum tidur.
3-      Membaca ‘Hasbunallah hu’wanik’mal wakill’ 100x 
4-      Berzikir lafaz ‘Lailaha ilallah Muhammadar Rasulullah’ 100x
5-      Membaca ‘Aubhanallah, Alhmdulillah, Allahuakbar Wala’haula’wala Quwwata’illa Billahil aliyyil A’zim 100x
6-      Membaca al-Quran sejuzuk sehari.
7-      Zikirlah apa saja yang kalian senangi setiap kali kalian terpandang keindahan ciptaan-Nya.

Jika dihitung jumlahnya seakan terlalu banyak dan amat berat, tetapi jika kita sudah melakukannya 4 hingga 4 hari kita pasti merasakan yang ia sebenarnya sangat mudah, bahkan hitungan itu sangatlah kecil jika kita menghitung masa yang ada.

Kita mempunyai 24jam/hari
24jam x60minit sama 1440minit.
1440minit x 60saat sama 86400saat

Dalam sehari kita mempunyai 86400saat.
Dan jika kita mempraktikkan zikir seperti di atas jumlahnya hanya
Astaqfirullah hal,A’zim’ x lima waktu dan sebelum tidur.
70 x 6 sama 420
Selawat ke atas Nabi saw. 10 x lima waktu tambah 100 seblum tidur.
Sama 150.
Zikir-zikir yang lain 100 x 3 sama 300.

Jumlah keseluruhan 420 tambah 150 tambah 300 sama 870
Maka setiap hari kita hanya berzikir 870 berbanding angka 86400saat/hari. Mungkin pengiraan saat terlalu halus dan besar jumlahnya dalam masa kita, boleh saja kita hitungkan pula dengan jumlah minitnya.

1440minit/hari dan 870 ternyata masih belum memadai.

Namun Allah sudah menyatakan bahawa ia akan menggandakan amal kita sepuluh x ganda di bulan Ramadan. Cubalah kita gandakannya

870 x 10 sama 8700. Bukankah 8700 cukup besar nilainya, dan sudah pasti jumlahnya lebih besar jika kita tambahkan zikir-zikir lain sekiranya berkemampuan. Justeru marilah kita sama-sama mempraktikkan dan melatih semampu mungkin di bulan yang mulia ini, mudah-mudahan, dengan latihan ini akan menimbulkan hubungan yang rapat kita dengan Allah dan timbulnya benih-benih takutkan Allah di dalam jiwa yang membuatkan kita akan dianugerahi pengetahuan yang belum pernah kita pelajari. Adapun penulis menyebut tentang solat sunat selain terawih, kita boleh memperaktikkan 2 rakaat solat sunat Qabliah dan Baqdiah selepas solat fardu Maqrib, I’sya, dan Zohor. Manakala 2 rakaat solat sunat Qabliah sebelum Subuh dan Asar. Selain itu boleh juga kita praktikkan 6 rakaat solat sunat ‘Dhuha’2-2-2. Dan solat sunat ‘Awwa’biin’ juga  6 rakaat 2-2-2 diantara waktu Maqrib dan I’sya.

Apa yang penulis nyatakan di sini hanyalah sekadar perkongsian yang rasanya elok jika kita amalkan sempena Ramadhan ini sebagai latihan untuk kita memajukan lagi amal-amal kita sebagai persiapan menghadapi hari-hari menuju kematian.

Adapun panduan ini tidak mengikut susun aturnya, namun ia tetaplah zikir-zikir yang afdhal dan kebanyakannya selalu diamalkan oleh orang-orang soleh dan para ulama.

Andai sekiranya saudara ingin mempraktiknya dengan lebih teratur dan tersusun, penulis mencadangkan agar carilah guru-guru yang mahir dan mempunyai wasilahnya.
Sekian sahaja dari penulis, segala yang baik adalah perancangan Allah dan yang khilaf itu adalah dari kelalaian penulis sendiri. Salam maju jaya, dan selamat menyambut Ramadan yang barakah ini. Wallahu aqlam.

Isnin, 25 Januari 2010

Sekitar Muktamar PMKIAS Ke-14/ 2010

Alhamdulillah.. hari ini genaplah sudah tugasan kepimpinan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) sesi 09/10 melaksanakan tanggungjawab mereka, namun pada hakikatnya mereka tidak sesekali bebas sepenuhnya daripada tanggungjawab iaitu sebagai Public Figur kepada mahasiswa yang lain bagi memacu sepenuhnya bersama pimpinan baru untuk menjayakan hasrat sebenar penubuhan KIAS itu sendiri. Apapun sekarang mereka PMKIAS 09/10 sudahpun melepaskan jawatan masing-masing namun tetap akan bekerja sebagai khidmat mahasiswa demi kesinambungan dakwah.....

   Pokoknya ingin saya kongsikan di sini... betapa berbezanya suasana dan persidangan Muktamar sesuatu organisasi dengan organisasi yang lain, ini berdasarkan pendirian organisasi masing-masing. Apa yang lebih penting sekarang, bagi saya sejauh mana kemampuan dan kekuatan Pimpinan akan datang sedikit sebanyak bergantung kepada suasana Muktamarnya.. maksud saya, sidang hadirin muktamar dan muktamirin.. merekalah yang akan mengemudi idea-idea bernas, mengolah dan merencanakan, segala persoalan yang lalu dan bakal mendatang, kemudian kesimpulan seharusnya ditejemah sebaiknya oleh golongan kepimpinan yang baru sepanjang mereka memegang amanah.

   Sekadar berkongsi pengalaman dengan sidang pembaca!.. dua tahun yang lalu, saya pernah mengikuti sidang Muktamar Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS). ternyata saya sangat kagum dan teruja dapat bersama golongan cerdik pandai, aktivis-aktivis mahasiswa seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, mereka (mahasiswa/wi) yang berkumpul atas dasar yang satu, iaitu memperjuangkan hak Mahasiswa Islam dan kepentingan agama Islam itu sendiri kini berkumpul di bawah satu bumbung hanya bagi membincangkan halatuju Mahasiswa Islam dan kaedah yang terbaik dan paling sesuai untuk diputuskan bagi mengemudi mahasiswa Islam di seluruh Malaysia.

   Alangkah berbezanya Muktamar tersebut... mereka terdiri daripada bidang-bidang yang berbeza, umumnya bukan khusus kepada pengajian Islam, sebaliknya terlihatnya dari kalangan aliran Sains, Jurutera dan Akaunten. Apa yang menambah lagi kekaguman saya sepanjang sehari bermuktamar, mereka semua berhujah dan memberi bahas yang mempesonakan.. hujah-hujah mereka sangat berguna untuk generasi akan datang, biar pedas sekalipun, perbahasan mereka bukan untuk membedal mana-mana individu atau mana-mana pihak, tetapi mendedahkan kelemahan-kelemahan penting yang harus di perbaharui bersama untuk kepentingan seluruh Mahasiswa Islam di seluruh Malaysia. Hujah mereka dari kepulauan Borneo, Perlis ke Johor, tiada satupun yang saya dapati hujah mereka dalam nada sinis, emosi dan sekadar melepas kemarahan dek kerana kelemahan kepimpinan yang ada, bahkan hujah-hujah mereka di sandar pula kepada peristiwa-peristiwa tertentu dan harus dijadikan tauladan. Entahlah.. mungkinkah mereka dari kalangan yang terpilih! menyebabkan hujah mereka begitu positif...? kita harus tanya diri dan pandang ke arah yang lebih tinggi dan jangan dilupa yang dibawah ini, mengapa kita tak sebegini?.

   Berbalik kepada sidang Muktamar PMKIAS 2010, empat kali sesi perbahasan, pengalaman saya mengikuti sidang Muktamar... hari ini tetap masih kurang membanggakan! bukan saya katakan Mahasiswa KIAS tak bagus, tapi tak semua yang bagus termasuklah saya. hari ini dalam sesi muktamar masih bernada tentang isu Pemimpin tidak mesra rakyat!!! sedangkan isu ini sering dibahaskan semenjak sesi-sesi yang lalu, sudah berulang kali.. adakah memang kita terlalu banyak Pemimpin Mahasiswa yang sombong, pimpinan yang tidak berwibawa, atau sebenarnya isu ini hanya sekadar sabotaj individu tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu.

   Sebelum itu.. mari sama-sama kita renungkan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan mesra rakyat?.. Pemimpin tersebut harus sentiasa bersama orang bawah? pemimpin harus tanggani semua masalah? pemimpin itu harus ikut apa sahaja kehendak Mahasiswa? atau pemimpin itu harus pertimbangkan mana yang terbaik untuk Mahasiswa?!!.. keduanya.. adakah wujud fenomena sosial berkumpulan di kampus kita? maksud saya Golongan Masjid, Golongan Bola, Geng ini dan Group itu? jawapannya ada pada kita semua..!! jika benar situasi ini wujud bermakna setiap pimpinan harus meneliti dan memahami Fa'el-fa'el mahasiswa ini bagi memudahkan mereka menjadi jiwa rakyat, walaupun dalam kesibukan tugasan mereka juga perlu tumpu kepada pengajian.

    Akhir kata dari saya, benarkah kita ketandusan kepimpinan berwibawa atau kita ketandusan bakat-bakat mahasiswa sebenarnya? ketandusan bakat-bakat mahasiswa yang bererti... Mahasiswa-mahasiswa kita kurang peka dan sensitif terhadap pembangunan sosial secara formal dan berorganisasi, hanya menumpukan untuk diri sendiri dan sukar diajak untuk berbakti dari sudut sumbangan tenaga, buah fikiran dan sokongan moral.... segala-galanya yang tertulis disini hanya sekadar masalah yang berlegar di minda saya! benarkah ia.. bagaimanakah kepimpinan kita hatta sejauhmana pencapaian maklumat mahasiswa kita... itu bergantung kepada diri kita untuk menilai situasi tersebut....

Walla'huaqlaam......
semoga kita mendapat banyak pengajaran
daripada apa yang kita lalui>>>>

Jumaat, 16 Oktober 2009

ARMAGEDDON BENAR @ SEKADAR CERITA!

Pengenalan Armageddon:


Armageddon adalah kata-kata yang berasal dari Bahasa Ibrani yang terdiri dari dua kata, iaitu:

1. “Ar” yang bermaksud gunung atau bukit.

2. “Mageddon” adalah nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan medan pertempuran yang akan tercetus, ia akan membentang dari “Megeddo” di utara sampai ke “Edom” di selatan yangt mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke laut putih (tengah) di Barat dan Bukit Mohab di Timur yang jaraknya 100 batu*
Apakah perang Armageddon itu?
- Peristiwa besar dan perang penghancuran

- Pertemuan strategi perang raksasa yang sudah dekat waktunya.

- Perang persekutuan-Internasional yang akan tercetus yang sedang ditunggu oleh seluruh penduduk bumi pada hari ini.

- Ia adalah perang politik dan agama

- Ia adalah perang raksasa dari banyak pihak

- Ia adalah peperangan yang paling besar dan dahsyat dalam sejarah.

- Ia adalah awal dari kemusnahan.

- Ia adalah perang yang dimulai dengan menyeluruhnya “perdamaian palsu” sehingga orang berkata “Perdamaian sudah dating” (Padahal kenyataannya adalah sebaliknya)



Kata-kata “Armageddon” adalah sebuah istilah yang sudah dikenali (tidak asing lagi) bagi orang-orang ahli kitab, yang dapat kita temui dalam kitab-kitab suci mereka dan dari kajian-kajian para ulama dan peneliti mereka, sebagaimana yang akan diterangkan.



Yang dimaksudkan dengan “Ahli Kitab” adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) sahaja. ini bukanlah satu “bidaah” apabila kita mengutip atau menyebut perkataan-perkataan ahli kitab, kerana Rasulullah s.a.w telah engizinkan kita untuk mengutip perkataan-perkataan mereka, ketika baginda s.a.w bersabda:

“Sampaikanlah ajaran-ajaranku walaupun itu hanya satu ayat, dan bicaralah dari ajaran Bani Israel (Yahudi), dan tiada halangan”**

Tetapi hal ini adalah dengan syarat: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila ada ahli kitab yang berbicara (tentang agama) maka janganlah kamu benarkan dan jangan pula kamu dustakan”***

________________________________________________________________________.......

*Rujuk buku “beberapa Pandangan Dalam Kitab Daniel”, oleh Bapak Distours. dan rujuk juga buku “janji yang benar dan janji yang dusta” (al-Wa’dul haq wa’dul muftari) oleh Dr. Sefrul Hawaly, halaman 28. dan buku “Ramalan dan Politik, tentang para ahli militer injil sedang menuju ke perang nuclear” karangan Greys Halsl yang telah diterjemahkan oleh Muhammad Samak ke dalam Bahasa Arab, hlm:40
**Bukhari dalam Kitab Sahih-nya 6/3461 dari Abdullah ibnu Umar r.a

***HR. Bukhari dalam Kitab Sahih-nya di Kitabu al-I’tisham bil Kitab Wa as Sunnah dari Abu Hurairah.



Penelitian Ahli Kitab Tentang Armageddon.

1- Dalam kitab wahyu (revelation) 16:16 “Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat bernama Armageddon” (Injil:hal: 388- penerbit Dar Ath Thaqafah, Mesir)

2- Dalam buku “Dimensi Agama dalam Politik Amerika Syarikat” disebut bahawa: 7 0rang pemimpin Amarika Syarikat percaya akan tercetusnya perang Armageddon*

3- “…..segala sesuatu pasti akan berakhir dalam beberapa tahun… akan terjadi perang dunia yang paling besar ialah Perang Armageddon atau Dataran Mageddo”**

4- Gerie Folwel, pimpinan Fundamentalis Kristian berkata: “sesungguhnya Armageddon adalah sebuah hakikat(reality) dan sangat nyata. akan tetapi kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana ia akan terjadi pada akhir hari sejagat***

5- Shofeld berkata: “sesungguhnya orang-orang Kristian yang ikhlas, bergembira dengan peristiwa ini kerana setelah tercetusnya pertempuran yang terakhgir ini (Armageddon) Isa al-Masih akan segera mengangkat mereka kea wan, dan mereka akan diselamatkan oleh al-Masih serta tidak akan menghadapi kesusahan apapun yang terjadi di bumi, di bawah mereka”****
_______________________________________________________________..............

*Rujuk buku “janji yang benar janji yang dusta”, hal:31

**Dari buku “Drama Berakhirnya Zaman” oleh Oral Robertus dan buku “Akhir Bola Dunia Yang Paling Besar”, oleh Hall Lindus. Kedua-duanya merupakan pengarang yang terkenal di Amerika, mereka memperkirakan tahun 2000 M atau dekat darinya, bola dunia ini akan berakhir secara final.

***Rujuk buku “Ramalan dan Politik” hal:53

****Rujuk buku “Ramalan dan Politik”, hal:25



Penelitian Orang Muslimin dan Perang Armageddon:

Sebahagian penulis (pemikir) Islam sudah mulai memperhatikan masalah-masalah pertempuran ini serta menerbitkan makalah-makalah (artikel) penting yang berdasarkan kepada penganalisaan dan antisipasi sejarah serta pemahaman-pemahaman reality politik. Makalah menekankan bahawa:

1- Pertempuran yang menentukan sudah dekat kedatangannya dan sedang dipersiapkan pada saat ini.

2- Perang tersebut adalah perang strategi, nuclear dan bersifat antarabangsa.

3- Orang-orang Yahudi akan mengalami kekalahan dalam perang tersebut.*



Huraian Penulis:

Penulis bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yang telah di kemukakan, iatu bahawa Pertempuran Armageddon adalah suatu reality yang akan terjadi. Ia akan berlaku dalam jangka masa terdekat ini walaupun ada perselisihan pendapat tentang perincian hasil akhir pertempuran ini dan penulis mengatakan bahawa “Armageddon adalah perang persekutuan internasiaonal (multinasional) di mana kaum Muslimin dan kaum Rum (Eropah dan Amerika) tidak diragukan lagi akan bersatu menjadi satu puak kemudian mereka akan melawan suatu musuh yang bersyarikat yang mana mereka itu belum kita ketahui sesui dengan sabda Rasulullah s.a.w

“A’duwwa” min. waraa ihim.”: “….Suatu musuh dibelakang mereka…”



Walawpun reality kontemporari menunjukkan bahawa blok musuh kita tersebut adalah: Blok Timur Komunis atau Syiah sedangkan kemenangan akan berada di tangan kita.



Renungan dari Hadis Nabi s.a.w :

“Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu selamat dan akan mendapat harta rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. lalu dia berkata “Salib telah menang”, maka datanglah kepadanya seorang lelaki dari kaum muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom mengkhianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat dua belas ribu tentera”**
________________________________________________________________________.........

*Artikel Prof. Muhammad Abdul Mun’im, Harian al-Ahram, Cairo, 12/5/1996. “Perang dunia yang dahsyat ini sudah dekat waktunya, sudah sempurna jaringan perencanaannya dengan teliti pada masa sekarang ini! dan bahawa di panggung Timur Tengah tidak diragukan lagi saat ini sedang dilakukan persiapan-persiapan menghadapi sebuah strategi perang raksasa, yang belumt diperkirakan kelompok mana yang akan kalah”.


dan artikel oleh Dr. Mustafa Mahmud, Harian al-Ahram,Cairo 25/5/1996: “Lihat dan akurkanlah jam tangan anda!... Israel ketika ini sedang mempercepatkan diri menuju puncak kekuatan, kemudian ia akan mulai menghitung saat-saat terakhir rencana militer mereka… sisa waktu perencanaan mereka tersebut adalah 4 tahun yang akan dating, boleh jadi lebih boleh jadi kurang. Wallahu a’lam.

______________________________________________________________________________

Penulisan ini dipetik dari : “Perang Armageddon & Kedatangan Imam Mahdi”: Amin Muhammad Jamaluddin (satu kajian perbandingan antara al-Quran, al-Hadis, Taurat dan Injil….)

______________________________________________________________________________
Allah Hu Ya Latif.. Allah Hu Ya Azim

Allah Hu Ya Kabir Allah Jalla Jala..Luh….
 
Selagi mana kita tidak mendapati kesahihan terhadap apa yang didakwakan, selagi itu sangat sukar bagi kita untuk memahami dan menyakini apa yang akan kita hadapi, apatah lagi di hari dunia saat ini dipenuhi ribuan pendapat yang berbeza, pro dan kontranya tersendiri, sehingga terlalu sukar untuk kita memperhatikan yang manakah sebenarnya yang harus kita waspadai dan yang mana harus kita genggami…..

saya memetik penulisan di atas adalah sebagai panduaan dan asas bagi penulisan saya ini, namun ianya bukan bererti pembaca wajib meyakini dan mengiakan penulisan dan perkongsian saya sepenuhnya sebaliknya terus meneliti dari pihak lain dan bersiap atas segala kemungkinan yang bakal dihidangkan di pelayaran dunia ini.

Apapun, saya sentiasa mengharapkan petunjuk dari yang Maha Mengetahui, betapa kita adalah hamba yang sangat memerlukan pimpinan-Nya, kerana apa yang ingin saya perkatakan ini segala tentang yang belum terlihat dan terjadi di muka bumi ini. mengapa saya memilih topic “Perang Armageddon” untuk disajikan kepada pengunjung blog saya? hakikatnya saya sendiri sukar menjawab persoalan ini, namun masih ada sedikit kebimbangan di jiwa saya jika kita masih belum bersedia meneliti apa yang bakal terjadi dan melanda bumi akhir-akhir ini, senang kata “Saat-saat terakhir bumi & dunia kita”.

Ketika mana Allah s.w.t memperlihatkan seluruh kebesaran-Nya kepada Rasulallah s.a.w di malam Israq.. Nabi kita Muhammad s.a.w sangat teruja dan terlalu gembira memandang kebesaran dan kurniaan Allah s.w.t ke atas nya, sehingga baginda terasa sangat senang dan lapang dadanya untuk menerima kurniaan Allah s.w.t. akan tetapi, dalam di lubuk hati manusia yang menulis ini, masih terhalang pengakuan ke atas kebesaran Allah s.w.t ketika mana mata memandang kelangit di siang hari, aku melihat langit yang cerah dan matahari yang membahang, ketika di malam sepi yang harmoni, aku melihat kepekatan malam dan rembulan yang membahagiakan… kedua-duanya aku berkata “Subhanallah” namun ternyata tidak setenang hati seorang hamba, kerana ia hanya terpancar di lidah dan belum sampai ke lubuk hati yang menghubungkan seorang hamba dengan Penciptanya secara lebih Qudus, maka disinilah terbayang wajah generasi “Perang Armageddon” yang kisahnya banyak dibicarakan oleh seluruh umat dunia, hatta kaum Yahudi dan Nasrani mereka sangat mengharap dapat terselamat dari bencana ini, namun bagi kita yang beragama Islam, kita harus dipimpin dan berpandu kepada al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Apa yang ingin diwaspadakan adalah.. adakah kita yang akan menjadi generasi perang dunia ke-tiga? Yang kedahsyatannya bakal menghancurkan sepertiga dunia..! saat ini pelancar nuclear akan dilepaskan dari segenap Negara.. mensasarkan Negara lainnya, lawan akan melancar kembali kekuatan yang ada, nuclear-nuklear mereka saling berbalas tembakan, saat itu kita dapat menyaksikan dengan mata sendiri peluru-peluru nuclear melintasi udara Negara kita menuju kemana sahaja, dan situasi perang bakal mengulangi penderitaan nenek moyang kita sebelum ini. Sumber makanan akan terancam, hubungan sosial hilang sama sekali saat-saatnya kita semua sudah dalam keadaan tertekan. Mampukah kita hadapi semua ini…? Saat dunia tiada lagi kemakmuran ini.. akan datanglah seseorang yang dijanjikan akan mengembalikan keamanan dunia, Saidina Mahdi a.s.

Pun begitu, kuatkah kita terlebih dahulu untuk mempertahankan iman yang pastinya akan di uji dengan kemunculan Dajjal yang disisinya saat itu ditangan kanannya neraka dan ditangan kirinya syurga..!

Oleh itu, kita diajarkan sentiasa membaca doa agar diselamatkan dari azab tipu daya Dajjal laknatullah…
(nantikan sambungan)




Ahad, 27 September 2009

Hidup Untuk Mati Untuk Hidup

Allah.Allah..Allah.Allah..Allah.Allah Hasbunal Lah..

Salam sejahtera buat mu wahai kekasih yang dikasih Allah, kekasih yang mengasihi umatnya dari sebahagian sifat kebesaran Allah yang Maha Pengasih, yang telah menciptakan Muhammad sebagai manusia penterjemah peristiwa masa lalu dan masa hadapan, lebih istimewa, tersergam sudah lembaran hikmah daripada sabda Baginda untuk panduan kita semua umat manusia mengkaji landasan manakah kita saat ini..!! selamatkah di sana?

Hidup Untuk Siapa, Mati Hendak Kemana?

Hamba menulis bukan untuk saudara/ri.. hakikat sebenar untuk berbicara dengan hati sanubari, berdialog, lalu menkaji dan meneliti… persiapan apa yang telah di lengkapi? teringat gurau allahyarham Ayah “Ma! siapkan bekal siap-siap letak tepi pintu, sampai masa ambil bawak pergi” itulah yang kakak ipar cerita cuti raya baru-baru ini, mungkin ia satu gurauwan, tetapi kebenaran kita untuk membawa bekalan adalah sangat di perlukan untuk hidup selepas mati…
]
Saya pernah mendengar sang guru berkata, “Saintis Barat berpendapat, permulaan alam semesta bermula dari satu letupan, dari sekelompok cahaya besar yang di ciptakan seawall-awal ciptaan, maka meletusnya dahsyat sehingga serpihan-serpihannya mencadi ciptaan yang lain. daripada serpihan tadi terjadilah bumi, bintang dan matahari, wallahuaqlam.
(Prof. Madya Dato’ Dr.Syaikh Zulkarnain) tenaga Pensyarah USM S.Dua.

Dan pernah saya membaca dari artikel sang guru.. seawall-awal kejadian adalah nur Muhammad s.a.w, cahaya itu tergantung diatas arash Allah s.w.t, dan iblis sudah mengenali akan pemilik asal cahaya tersebut, maka ia tekun beribadat kepada Allah tanpa jemu, mengharapkan suatu ketika ia akan dianugerahkan cahaya tersebut, tetapi Adam yang dicipta kemudian, dikurniakan cahaya (nur Muhammad) disinilah Iblis memprotes, “aku terlebih dahulu beribadat mengapa Adam yang dipilih”. Wallahuaqlam.
(Maulana Syaikh Nazim Adil Haqqani) Mursyid Tariqah Naqshbandy al A’lyyah.

Persoalannya, kejadian kita semua (manusia) sukar untuk kita terjemahkan bagaimana pemprosesan sebenar pemulaan kejadiannya begitu juga tentang alam semesta, akan tetapi kita sangat jelas betapa kita akan melalui mati setelah hidup dan kembali hidup setelah mati..!

Sebagaimana maksud Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam ar Tirmizi,

Daripada Anas r.a. berkata: Rasulallah s.a.w. bersabda, “akan datang kepda umat’ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.”

Jika kita merenung sejenak akan panduan ini, kita dapati adanya satu zaman yang akan dilalui oleh umat manusia di mana ia diumpamakan bagi mereka yang akan beramal dengan agamanya laksana menggenggam bara api.

Keterangan Hadis: Yang dimaksudkan disini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. ini adalah disebabkan suasana di sekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajipan agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. ini juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.
(Di petik: hadis ke-duapuluh dua, Hadis Akhir Zaman, Abu Ali al Banjari an Nadwi)

Justeru dapatlah kita berbincang, zaman bilakah hadis yang dimaksudkan ini? Apapun, sengaja saya mengetengahkan hadis ini sebagai gambaran yang kita semakin hampir hari-hari terakhir dunia. pokoknya, hadis tersebut memberi panduan kepada kita, betapa saat kehidupan kita hari ini begitu mencabar, cuba perhatikan kehidupan sekeliling kita! kita dapat menyaksikan aurat-aurat gadis di sekeliling kita, hatta di sekitar rumah, remaja berduaan tanpa ada ikatan pernikahan berleluasa di mana sahaja sampai ketahap mengorbankan maruah, tarian-tarian wanita separuh berpakaian masuk ke setiap rumah orang Islam dan pemimpin-pemimpin sering mengejar kemewahan. Maka di pelosok manakah kita akan damai dalam hubungan dengan Tuhan? jika keadaan persekitaran tidak memudahkan kita untuk tenteram dalam beramal dapatkah kita melepasi hari pengadilan dengan tanpa dihisab, dan melalui alam barzakh tanpa di hukum oleh malaikat Mungkar dan Nakir.
(semaga kita semua di beri lindungan Allah az Zawajal)

Sebelum perbincangan kita diteruskan, satu pertanyaan yang harus kita fahamkan, adakah manusia yang mampu bebas dari azab kubur dan timbangan al-Mizan? tentang alam barzakh kita dapati banyak peristiwa, hatta di negeri dan negara kita sendiri., antaranya peristiwa-peristiwa kubur yang digali terdapat jenazah yang belum reput sedikitpun kain kafannya, dan bukan satu, lebih sepuluh rasanya kejadian ini berlaku. apabila disiasat amal mereka, mereka hanya mengamalkan amalan tertentu sahaja ketika hidup contonya: membaca al Quran setiap pagi dan petang secara berterusan, berzikir sepenuh hati pada pagi dan petang, tanpa meninggalkan kewajipan Rukun Islam, di samping hati mereka tidak pernah benci kepada manusia hatta makhluk Tuhan yang lain termasuk haiwan. belum lagi kita memetik kisah lain dari Zaman kegemilangan Islam dahulu kala, lebih ramai Wali-wali Allah yang terpelihara daripada azab dan siksa.

Satu kisah, seorang yang bernama Nasuha, pekerjaannya adalah mencuri kain kafan dan menjualnya untuk mendapatkan hasil sara hidup. setiap hari ia akan mengelilingi negerinya untuk mengenal pasti jika ada orang yang meninggal untuk ia gali mencuri kain kafan mayat. Suatu masa dalam pertemuan Nasuha dengan sang gurunya, gurunya berwasiat, “wahai Nasuha, jika suatu hari aku meninggal, janganlah engkau mencuri kain kafanku” pesan gurunya. Nasuha pun mengaku untuk tidak mencuri kain kafan gurunya jika sudah meninggal nanti. akan tetapi pada hari sang guru Nasuha meninggal, puas sudah Nasuha menelilingi sekitar negerinya namun tak ada siapapun yang meninggal hari itu, maka Nasuha pun berbisik di dalam hatinya “puas sudah aku mengintip hari ini, tetapi tiada seorang pun yang meninggal hari ini melainkan guruku, wahai guru maafkanlah aku, aku terpaksa untuk mencuri kain kafanmu” maka, pada malamnya Nasuha pun segera keluar untuk menggali kubur sang guru. tika inilah dia melihat mayat gurunya terbakar hangit. Dalam ketakutan ia bertanya, “wahai guru apakah yang membuatkan engkau jadi begini, bukankah engkau banyak menghabiskan masa untuk mengajar rakyat tentang agama”? lalu gurunya pun menjawab “ dahulu pada suatu hari aku diundang ke majlis kenduri, selesai menikmatinya aku pulang melalui sebuah jalan, dan aku mengambil sehelai daun kurma untuk menggunakan lidinya bagi mencungkil celahan gigi. rupanya pohon kurma tersebut adalah milik seseorang”. cerita gurunya, saat itulah Nasuha menangis dan berkata” kalau sepotong lidi kurma engkau sudah diazab sebegini rupa, bagaimana nanti aku yang sepenuhnya mencuri kafan mayat”? maka dia pun bertaubat lalu mengasingkan diri dari kebanyakan manusia. disinilah timbulnya istilah “Taubat Nasuha”

Jika sebatang lidi sudah diazab oleh Allah bagaimana pula kita yang hidup di akhir zaman ini, mampukah kita menyelamatkan diri kita dari di azab. andai Nasuha sang pencuri kafan punyai guru, bagaimana kita? kebanyakan kita jika, kurangya ilmu agama tidak pula mencari sang guru, malah tetap berharap Syurga tanpa mengamal walau hanya zikir kepada Allah. zaman kita, sudah tentu tidak dapat tidak, kita tidak dapat mengelak untuk tidak memandang apa yang dilarang Tuhan, ini kerana sehingga di dalam bilik pun kejahatan mengikuti kita.

akhir perkongsian saya, sejauh manakah bekalan kita yang sudah dipersiapkan, kemudian ditolak pula dengan kesilapan kita, dan kelalaian kita dalam mengerjakan tanggungjawab, bagi saya, saya tidak punyai kekuaatan hatta sedikit zarah pun untuk mengakui yang satu amal saya pernah diterima Allah. ini kerana sesekali kita tertinggal solat, memandang yang terlarang dan terdedah kepada kejahatan. Jika ada sudah tentu perasaan egois saya.

Lagi kisah yang nak dikongsi.. seorang pelajar bertanya saya. “Abang, saya mushkilan tentang ajaran hal benar, ada orang mengatakan yang wahabi ni ajaran sesat, dan ada yang mengatakan ajaran puak-puak jemaah yang sesat” apakah yang harus kita jawab sebenarnya? yang mana pengalaman saya bermacam-macam lagi persoalan yang ditanya, Syiah, Tabliq, Tariqat dan sebagainya, yang manakah jalan benar sebenarnya…? Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenarnya.. yang mana pula ahli sunnah wal jamaah? Wahabi kata mereka ahli sunnah, Tabliq kata mereka ahli sunnah, Tariqat kata mereka ahli sunnah? (Insyaallah setelah merujuk guru saya akan kongsi tentang syarat-syarat jemaah dan ahli sunnah.)

Akhir kata, mari bersama kita merenung riwayat at Tirmizi ini..

“Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
(Di petik: hadis ke-duapuluh dua, Hadis Akhir Zaman, Abu Ali al Banjari an Nadwi)

Keterangan Hadis: Masa akan berlalu begitu cepat. belum sempat berbuattt sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat kita selesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya itu ialah dicabut keberkatan daripadanya, memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al Karmani itu, dahulunya dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara yang dapat kita laksanakan. ini adalah satu petanda hampirnya kiamat.

Rumusan dari keseluruhan yang ingin saya terjemahkan sebenarnya betapa hidup kita adalah untuk hidup dan sebenarnya harus mati sebelum kita hidup. dan dalam mati kita berada diantara azab dan sejahtera, dan sebelum hidup kita di timbang oleh al Mizan dan meniti Titian Sirath, semuanya tidak mampu dijawab di dunia, dan tidak dapat dibukti dengan mulut melainkan kequdusan hati dan amal sahaja menjadi peguam bela kita nanti…

Menulis bukan bererti mahir..
Menulis bukan bererti aman,
Diam lebih baik daripada menulis..
Adakalanya menulis lebih baik daripada diam..
Tidak menulis bukan bererti jahil..
Dan jahil sudah terbukti tidak akan aman…
Sama-sama nasihatkan diri, Sama-sama sucikan hati…
Hamba bukan yang terbaik dikalangan hamba!

Rabu, 9 September 2009

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri….. Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita Mengharapkan keikhlasan dan kejujuran Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita….. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat… Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat….. Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu…. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukama)
Ingatlah pesan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : "Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, saling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang berpaling dari saudaranya melebihi dari tiga hari".
Tinta menulis:Apabila anda mempunyai sahabat.Jagalah ikatan dan hati dia.Tetapi,janganlah kalian mencurahkan sepenuh kasih sayang anda kepada dia,takut-takut bila dia berpaling dari bersahabat dengan anda hati anda akan hancur.Teringat pepatah Arab yang berbunyi"Janganlah kamu membenci seseorang,bolehjadi kamu akan menyukainya suatu hai dan jangan lah kamu terlalu menyayangi seseorang boleh jadi kamu akan membenci suatu hari nanti.Benarlah kasih manusia itu berubah-ubah.Moga2 kalian mendapat sahabat yang baik.Janganlah seperti diri ini "Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo'a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari Tuhanmu sahabat yang soleh..


artikel sumbangan
"Nuwaira"

Rabu, 7 Januari 2009

Manusia Yang Unggul



MANUSIA YANG UNGGUL

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Selamat sejahtera dan bahagia hendaknya kepada semua yang sudi membaca artikel dan luahan pendapat sebegini, secara tidak dirancang kita dipertemukan di atas satu medan yang kita tidak melihat antara satu sama lain, akan tetapi saya pasti kita mempunyai citarasa yang sama dari sudut memngembara di dunia fana ini, yakni mencari keredhaan Yang Maha Kuasa…
Apa yang boleh kita bincang serta kongsikan disini samalah sepertimana yang diperbincangkan kebanyakan masyarakat awam mahupun tokoh-tokoh ternama. Isunya, “MANUSIA YANG UNGGUL”. Bangkitnya isu ini adalah kerana saya amat tertarik dengan ulasan akhbar-akhbar kebelakangan ini yang sering melapor tentang unggulnya seseorang individu, maksudnya di sini, menjaja dan melaporkan puplisiti seseorang yang membangun dalam pelbagai bidang di Negara kita, mereka yang dibicara antaranya artis-artis yang menjadi igauan kita, atlit-atlit harapan dan tokoh-tokoh perniagaan serta individu-individu yang melaporkan kejayaan buat Negara kita yang dicintai…


MANUSIA YANG UNGGUL

Seterusnya, bagi saya manusia unggul dari sudut hakikat kejadian dan kewujudan alam adalah mereka yang mampu meraih KEREDHAAN Allah semata-mata kerana Allah lah empunya segala yang ada, mahupun yang kita melihat bahkan yang tidak pernah terfikir sekalipun!!!, mengapa saya mengatakan mereka ini yang UNGGUL, kerana mereka bakal menerima anugerah tertinggi dalam satu temasya padang mahsyar yang disebut oleh Pencipta Alam sebagai pesta ganjaran buat hamba-hambanya… begitulah isunya yang ingin saya perkatakan.
Tentu tidak adil jika saya berbicara dan berpendapat sedemikian, alasannya… kerana latar belakang dan pemikiran kita yang berbeza, andai sayalah mencari makan serta rezeki sebagai seorang wartawan, yang pertama saya pasti berfikir, bagaimana aku mahu meneruja pembaca-pembaca artikel dan karyaku?. Pasti saya akan mengeluarkan bahan bacaan yang memenuhi permintaan ramai malah di idamkan setiap masa oleh pembaca-pembaca, persoalannya kerana saya mencari rezeki dengan daya sebegitu, dan itulah cara yang mampu saya lakukan…..


Sebenarnya, orang yang berfikiran terbuka serta positif idienya, mereka tidak akan berfikir tentang kepentingan diri mereka, sebaliknya akan cuba sedaya untuk memberi impak terbaik kepada keperluaan dan kepentingan umum(ummah). Andainya saya seorang pemain bola sepak misalnya, saya perlu mempamerkan aksi yang terbaik serta meningkat dan mengekalkan prestasi hatta kecergasan bagi mempastikan saya terus kekal diberi kepercayaan oleh pengurus pasukan dan peminat umumnya…
Tetapi apapun yang ingin saya sampaikan sebernarnya memang sukar untuk dibahaskan, tetapi sebagaimana permintaan masyarakat kini yang sering melafazkan “OPEN MINDED” maka secara praktiknya saya memulakan asas pemikiran dengan meletakkan apa matlamatnya satu-satunya perbuatan saya terhadap sesuatu pekerjaan? Maka setiap kali saya bergerak, lidah berbicara dan akal berfikir… maka saya akan bertanya “kenapa aku mesti begini dan begini, siapa yang suruh dan siapa yang larang dan adakah yang suka dengan sedemikian?”. Haaa.. lebih kurang la contohnya, memandangkan saya berbagsa MELAYU dan BERAGAMA ISLAM, saya mempunyai Pencipta (Allah) yangmana saya mesti patuh dan taat kepada suruh dean larangnya sebagaimana yang terpandu di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Maka setiap gerak geri saya pasti dan wajib saya hadapkan kepada Tuan saya agar saya akan sentiasa dikasihi bahkan dilimpahi rahmat sepanjang masa, yaa.. adapun saya tetap melakukan kesalahan, dengan pemurahnya Tuan saya, Ia(Allah SWT) mengajar agar saya kembali memohon maaf dengan kesalahan yang telah dilakukan serta berazam tidak akan mengulanginya…..

Akhirnya saya hanya meluahkan pendapat dan pandangan peribadi, maafkan saya andai tak dapat memberikan jawapan kepada anda siapakah manusia yang unggul sebenarnya……..?

Tetapi saya tahu siapa yang mempunyai jawapan ini….
Untuk mengetahuinya, kamu mesti merujuk kepada perkataan di bawah dan satukan huruf-huruf abjad yang berhuruf besar mengikut susunan perkataan yang terawal….

Selamat menuju kejayaan dan menjadi manusia yang unggul…

kekejaman Di palestIn adalah angkaRa Israiel laKnatullah...
Isu yang Tak pernAh di Sokong sErta di paNDang sIRIus oleh pimpinan amarika..

Kerabat

Kerabat