Khamis, 7 Januari 2010

Bantulah Mereka Ke Arah Lebih Baik

Dari SAR Kepada SABK?


Apabila mendengar ura-ura Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih sepenuhnya penyelenggaraan Sekolah Agama Rakyat (SAR) untuk dijadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sudah pasti adanya pro dan kontra dari aspek pemikiran banyak pihak. Bagi waris, ibu bapa yang agak extremes pasti mereka sukar untuk menerima keadaan tersebut. Bagi mereka, Kerajaan hanya mahu mengawal pendidikan agama dan bukannya ikhlas semata-mata untuk menaik tarafkan sektor pendidikan yang sepenuhnya berunsur Islamik, dan dari kalangan mereka juga ada yang berhujah matlamat pengambilan SAR kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah semata-mata untuk memperluas pengaruh politik Kerajaan yang kebanyakan pelajar yang mendapat pendidikan di SAR kebanyakannya cenderung kepada parti pembangkang. justeru dengan mengambil alih penyelenggaraan tersebut pihak kerajaan dapat memantau sepenuhnya pengkadiran pelajar di SAR dan menerapkan pengaruh Kerajaan melalui menghantar guru-guru yang telah mereka latih. walau apapun ini hanya sekadar bicara golongan tertentu sewaktu awal proses pengambilan tersebut.

Golongan yang agak sederhana serta lebih bersedia untuk berubah dan sentiasa berwaspada mereka juga tidak terlepas daripada dihantui pemikiran tersebut (golongan pertama tadi) namun mereka sudah tidak mempunyai cara selain menyerahkannya kepada ketentuan Allah s.w.t memandangkan sekian lama sudah mereka menanggung kos yuran yang tinggi per bulan menyara persekolahan dan anak-anak mereka masih belajar di sekolah yang serba kekurangan dari aspek prasarana.

sebaliknya pula bagi golongan ketiga yang dikatagorikan pro kerajaan pasti menjadikan ianya satu bukti kukuh yang kerajaan sentiasa prihatin dan peka terhadap semua sudut pembangunan. demikianlah sedikit sebanyak pro dan kontranya yang timbul seawal hajat kerajaan ketika itu dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk mengambil alih seliaan SAR.

Namun hasrat saya menimbulkan semula isu yang sudah lama menyepi ini bukan bertujuan untuk memburukkan hasrat murni Kerajaan Persekutuan atau menempelak mana-mana pihak, tetapi berazam untuk membuka mata para cerdik pandai dengan artikal yang tidak seberapa ini agar sama-sama membantu mereka yang tercicir untuk mendapatkan pendidikan di SABK.


Sekalung penghargaan pada semua Mantan Pelajar SAR

Tahniah yang tidak terhingga sebenarnya harus di ucapkan kepada semua mantan pelajar Sekolah Agama Rakyat kerana mereka telah berjaya membawa satu resolusi besar yang mebuka mata seluruh rakyat Malaysia yang betapa SAR sebenarnya tidak pernah gagal untuk melahirkan insan-insan yang berkualiti yang mampu mencorakkan pembangunan Negara serta memulihkan kembali ketamadunan Islam yang asal di mata dunia. adapun SAR satu ketika dahulu pernah digelar penyebar gerakan pengganas sewaktu zaman pemerintahan YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahadir Mohamad. Pernah juga salah satu daripada perintah Islam agar umatnya berjihad diperintah dikaji semula dan diminta dimansuhkan pengajarannya di SAR. Betapa kuatnya cinta pada agama saat itu, tenaga-tenaga pengajar SAR berjaya mengatasi semua tohmahan ini dengan gilang-gemilangnya.

Namun jangan dilupa jasa mereka yang berani bertanggungjawa Yang Mulia Tuan-Tuan Guru di seluruh Negara kita yang berani mempertaruhkan nyawa, merantau di celahan peluru penjajah bagi mencari dana untuk membangunkan generasi Negara hari ini. ( Mudah-mudahan Allah meluaskan rahmatnya ke atas mereka serta menempatkan mereka di sisiNya bersama para Rasul dan AnbiyaNya.) al Fatihah.

Dengan Penuh Harapan!!!

Terbaru setelah tiga tahun SAR menjadi SABK, kini 2010 bermula pula tahun baru dan tahun ke empat SABK menerima kemasukan pelajar tingkatan satu. Apa yang ingin saya bincang dan ketengahkan adalah berhubung kait dengan status mereka yang tidak di terima belajar di SABK. Bagi pengetahuan pembaca semua, jika dahulu Tuan-tuan Guru (pengasas) menubuhkan SAR bertujuan mendidik anak-anak masyarakat, bangsa dan agama demi masa hadapan dunia dan akhirat, namun masalah kesesakan pelajar tidak dapat di elakkan serta kekurangan sumber kewangan membuatkan mereka tidak dapat memenuhi permintaan masyarakat untuk menempatkan anak-anak mereka di SAR. kebanyakan guru yang mengajar saat itu hanya di bayar RM300 ke RM400 sahaja per bulan, namun adakalanya bayaran gaji tertunggak hingga dua, tiga bulan, namun jasa mereka tetap dicurah sepenuhnya sehingga prestasi Sekolah saya ketika itu mampu bersaing setaraf dengan SMK yang lain di mana keputusan PMR,SPM dan STAM melepasi gred 8A.

berbalik kepada isu saya.. baru-baru ini sesi kemasukan tingkatan satu 2010 SABK hanya menghadkan pengambilan seramai 160 orang pelajar sahaja, sekiranya lebih mungkin ke 180.
Di sekolah lama saya, Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Titi Besi, (SMAD) saya mendapat tahu borang permohonan yang di ambil melebihi 300 orang. Maktab Mahmud Alor Setar (seliaan Kerajaan Negeri) lebih 800 borang permohonan yang di ambil dan hanya akan menerima pelajar baru seramai 300 orang sahaja. perbincangan kita disini, hari ini sudah ramai ibu bapa yang menyedari hakikat keberkesanan SAR (SABK) dalam membentuk jati diri anak-anak mereka, ini bukan bermakna saya menyanggah keberkesanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) akan tetapi kini ibu bapa lebih cenderung menempatkan anak-anak mereka di SABK yang tidak meninggalkan pengajian agama dan Bahasa Arab. saya hanya sempat meninjau perkembangan dua sekolah ini sahaja. apa pun di kalangan masyarakat yang saya kenal dan mendapat tahu anak-anak mereka tidak di terima belajar di SABK melebihi 10 orang. ini belum termasuk 300 tolak 180 dan 800 tolak 300. pada hari pendaftaran, ibu saya memaklumkan lebih 40 orang yang dating membuat rayuan untuk menempatkan anak mereka di SABK Darussaadah, namun semuanya terpaksa di tolak kerana tiada kekosongan.

Di sekolah yang berlainan, SABK Alor Biak (lebih dikenali Pondok tok Hj. Shafie) dalam daerah Kubang pasu juga berlaku kes rayuan antaranya adalah anak kepada sepupu saya sendiri. juga jawapannya sudah tiada kekosongan. setelah tidak di terima di SABK Alor Biak, sepupu saya membuat pula rayuan di SABK Ayer Hitam, dalam Daerah Kubang Pasu, Parlimen Jerlun. juga terpaksa di tolak berikutan tiada kekosongan. ini bermakna kini rakyat cuba mengubah haluan kepada SABK namun terpaksa hampa untuk melihat seorang daripada anak mereka bergelar Ustaz/Ustazah kerana kesesakan di SABK dan SAR.
Kesimpulannya!

Saya dengan penuh harapan menyeru Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia, (GAMIS) Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA), Kerajaan Negeri (Pimpinan YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak) serta NGO-NGO yang lain turun padang dan mengkaji secara lebih terperinci masalah ini berikutan banyak keluhan dan kebimbangan ibu bapa yang diluahkan perihal anak-anak mereka tidak mendapat tempat untuk mendalami Bahasa Arab di SABK, yang mana ia adalah bahasa untuk seseorang memahami al Quran seterusnya Islam. sama ada hal ini penting kepada generasi akan datang ataupun tidak saya serahkan ia sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan yang sewajarnya. Justeru mudah-mudaan tiada lagi keluhan bagi masyarakat yang bercita-cita untuk melihat anak-anak mereka mendalami Bahasa al-Quran di SABK.

Antara Spekulasi yang timbul.


• SABK di seluruh negeri Kedah mengadakan sesi temuduga secara serentak pada hari dan waktu yang sama menyukarkan pelajar baru mencuba nasib di SABK yang berlainan.


• Peruntukan Terhad Kerajaan Persekutuan terhadap pembiayaan kemasukan pelajar baru.


• SAR ketika dahulu menggunakan waktu petang untuk pelajar tingkatan 1 untuk mengatasi kesesakan.

Sekian Wallahuaqlam......


“Mereka adalah orang-orang yang datang untuk memahami Agama, namun tiada siapa yang sudi mengajar mereka.. Justeru, adakah di akhirat kelak kami diantara yang membiarkan mereka tanpa pengetahuan agama akan di soal?”

ini adalah sekadar perkongsian saya yang detilnya masih lemah..

Tiada ulasan:

Kerabat

Kerabat