Ahad, 25 Januari 2009

Info Tentang Surat KFC












INFO UNTUK SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN

Dalam dua minggu lalu saya ada menerima satu komen yang membina dari seorang sahabat blog. Walau tak pernah bersua dan bertegur sapa dan entah dimana ia tinggal, namun keramahannya menyapa saya di alam siber sangat saya hargai kerana ianya sangat berguna bagi saya.

Antara yang dinasihatkan agar saya tidak sepatutnya menulis dan memaparkan artikel sebagaimana yang tertera di dalam blog saya yang bertajuk “Boikot atau rakyat Malaysia hilang pekerjaan” kemudian kenyataan yang telah saya nyatakan berkaitan mempertikaikan status ayam KFC yang penyembelihannya entah bagaimana. Sebagaimana yang ia nasihatkan “Penulis seakan meragui pihak JAKIM yang memberikan logo halal kepada KFC” akan tetapi ia nyatakan usaha memboikot TESCO,KFC dan PIZZA HUT hanya akan memberi kesan dan menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, justeru saya ingin nyatakan kenyataan sebegini kurang menyenangkan saya kerana ianya seakan kita tidak pernah percaya rezeki itu telah ditulis oleh Allah SWT sejak awal penciptaan seseorang manusia, secara tak langsung kita telah jatuh ke lembah orang-orang yang berpaling dari ketentuan Allah SWT.

Kemudiannya tentang KFC yang dinyatakan tiada kaitan dengan Amarika Syarikat sebelum ini boleh kita nilainya dengan fakta dan bukti yang telah saya perolehi..

Untuk maklumat sahabat-sahabat sekalian, sebelum ini saya ada menyatakan tentang surat saman yang akan dibuat oleh KFC kepada RFC(HPA) gara-gara hanya kerana temanya berwarna merah!. Maklumat terbaru yang saya perolehi daripada Ust. Azizan Hj. Ahmad Presiden Kelab Pemimpin Utara (KPU) HPA. “Surat saman yang akan dibuat oleh KFC kepada RFC sebenarnya beralamat terus dari pejabat KFC dari Amarika Syarikat” buktinya sahabat-sahabat bolehlah menilai sama ada sumber KFC akan disalur atau tidak kepada Amarika?. Paling penting yang harus kita fikirkan! mengapa KFC becita-cita untuk menyaman RFC sedangkan ketika itu hanya satu sahaja RFC yang baru di promosikan oleh HPA. Renungkan!

Apa yang ingin saya kongsikan juga, dua RFC telah dibuka di kedah dan satu bakal dibuka di Kota Bharu sebelum Mac ini. kali pertama saya melangkah masuk ke ruang selera RFC, apa yang ada dalam minda saya adalah saya seakan tidak berjejak di bumi yang nyata bahkan lidah kelu tidak mampu berbicara.. mata turut beraksi ingin mengerah mutiara sucinya mengalir namun saya tahankan jua kerana sedar ini satu Rahmat Allah sebenarnya, tidak sangka seluas bumi yang Allah ciptakan rupanya seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Perlis telah dipilih untuk membuka mata umat Islam di Malaysia betapa sebenarnya kita sebenarnya mampu berdikari. Setengah jam sambil memakan Radix Fried Chiken, hijab saya terpandang betapa satu empayar baru yang akan tercipta dalam dunia ekonomi Islam, tidak terhalang lagi pandangan hati ini, yang saya percaya jika kita seluruh umat Islam Malaysia bersatu dalam memberi sokongan sepenuhnya pada HPA Insyaallah kita mampu menjelajah dunia sebagaimana KFC menakluk Negara kita. Keyakinan saya bertambah kukuh empayar baru ekonomi Islam akan terbentuk apabila HPA telah merangka plan bangunan 14 tingkat Hotelnya yang bakal dibina di Bandaraya Kota Bharu dalam setahun dua lagi, begitu juga plan penubuhan Kolej Penyelidikan Herbalis yang sekarang tanahnya telah dimulakan gerak kerja pembinaannya di Perlis, setakat ini juga HPA telah melahirkan pelajar yang bergradued dalam sijil dan diploma Herbalisnya. Akhir kata pada sahabat-sahabat yang mempunyai kesempatan.. ziarahlah ke RFC di sungai petani dan Shahab Perdana Alor Star, kilang-kilang HPA di sekitar utara dan apakah gambaran yang akan sahabat-sahabat berikan setelah melihatnya?

“Mahasiswa Penggerak Ekonomi Ummah”

Coretan Rasa

“Subanallah, Al Hamdulillah, Allah hu Akbar” Syukur ke Hadirat Ilahi Akhirnya Allah SWT telah menunjukkan jalan kemenangan kepada saudara-saudara seagama kita yang telah berjihad bermati-matian mempetahankan keagungan agama Allah dan kesucian tanah Baitulmaqdis… tidaklah kita harus bersorak gembira atas kurniaan ini sebaliknya Allahlah yang mengatur perjalan dunia sebegini rupa. Maka sebut serta agungkanlah Allah SWT diatas segala hikmahnya kepada kita.

Hampir mencecah sebulan peristiwa Palestin bermandikan darah anak-anak tidak berdosa, Isteri-isteri yang solehah bahkan orang-orang tua turut di bedil oleh peluru-peluru kezaliman Israel laknatullah. Sehinggalah hari ini 24 Januari 2009 Israel mengambil pandang untuk menerima saranan Gencatan Senjata. Pastinya bumi Palestin akan sepi seketika.. dan darah-darah syuhada yang kecil pasti terhenti seketika, begitu juga nyawa-nyawa insan tidak berdosa yang lain yang menjadi bahan ujikaji kekuatan tentera Zionis. Ini gencatan senjata yang keberapa kalikah yang dipersetujui Israel?. Sejarah seringkali tidak pernah berbohong, betapa Zionis laknatullah tidak pernah menepati perjanjian mereka dan belum ada satu perjanjian pun yang mereka patuhi.

Apakah Gencatan Senjata yang Israel laksanakan ini atas dasar mereka mula merasai akan ditewaskan? Perkara ini sudah tentu sama sekali takkan diakui oleh Israel, kerana ianya satu keaiban yang sangat memalukan. Sedangkan penyembelihan ke atas rakyat Palestin yang disaksikan seluruh umat dunia sekalipun mereka masih menafikan bahawa perbuatan mereka itu tidak menyalahi undang-undang kemanusian.. ini apabila berita yang disiarkan akhbar tempatan yang dengan selambanya Zionis menafikan kezaliman mereka, sedang dunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka.

Satu perkara yang perlu kita fikirkan! Apabila Gencatan Senjata ini dipersetujui, pasti takkan kedngaran lagi tangisan anak-anak Palestin, bom-bom juga takkan menghancurkan lagi tanah-tanah bumi Palestin, maka tiadalah mayat-mayat yang bergelimpangan selepas ini. Justeru pasti kita terbayangkan keamanan pasti akan kembali dinikmati oleh saudara-saudara kita di bumi Palestin.

“Laknat dan nerakalah tempatnya” jika kita merasa aman dengan Gencatan Senjata yang termaktub ini. siapakah Zionis untuk kita memaafkan mereka? siapa yang akan membayar darah lebih 1000 saudara kita yang dijadikan makmal senjata Israel laknatullah alaihh.. sungguh jiwa mereka(Palestin) milik Allah, namun apa kita hanya akan melihat darah mereka terus mengalir.

Begitu juga Umat Islam di seluruh Malaysia, yang mengambil jalan memboikot barangan Yahudi dan Amarika Syarikat sebagai jalan jihad yang boleh menghentikan kekejaman Israel. Akan tetapi sekarang Israel sudah pun menghentikan serangan mereka ke atas rakyat Palestin, justeru semua umat Islam di seluruh Malaysia boleh kembali menggunakan barangan dan produk Israel dan Amarika bagi menampung semula jumlah kerugian dalam serangan baru-baru ini, dan jika kita menggunakan produk mereka dalam semaksimanya mungkin penyembelihan rakyat palestin dapat disaksikan lagi, dan bolehlah kita berjihad semula dengan memboikot barangan Israel dan Amarika.

Kesimpulannya apa yang ditulis ini hanya sekadar mengisi masa kosong yang ada, disamping sama-sama kita teguhkan seteguhnya pendirian kita yang pernah kita ikrarkan sebelum ini akan memboikot segala barangan yang berhubung kait dengan barangan Yahudi dan Amarika Syarikat. Walaupun setelah 10 tahun lamanya Israel tidak menyerang dan mengancam Palestin. Ini bagi membuktikan jihad kita diterima oleh Allah SWT dan melumpuhkan sepenuhnya kekejaman Israel yang sebahagian kekuatannya berpaksikan pendapatannya daripada kita rakyat Malaysia. Teruskan iltizam kita untuk mengembalikan hak Palestin.

Wallah hu aq’lam

Kerabat

Kerabat