Isnin, 25 Januari 2010

Sekitar Muktamar PMKIAS Ke-14/ 2010

Alhamdulillah.. hari ini genaplah sudah tugasan kepimpinan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) sesi 09/10 melaksanakan tanggungjawab mereka, namun pada hakikatnya mereka tidak sesekali bebas sepenuhnya daripada tanggungjawab iaitu sebagai Public Figur kepada mahasiswa yang lain bagi memacu sepenuhnya bersama pimpinan baru untuk menjayakan hasrat sebenar penubuhan KIAS itu sendiri. Apapun sekarang mereka PMKIAS 09/10 sudahpun melepaskan jawatan masing-masing namun tetap akan bekerja sebagai khidmat mahasiswa demi kesinambungan dakwah.....

   Pokoknya ingin saya kongsikan di sini... betapa berbezanya suasana dan persidangan Muktamar sesuatu organisasi dengan organisasi yang lain, ini berdasarkan pendirian organisasi masing-masing. Apa yang lebih penting sekarang, bagi saya sejauh mana kemampuan dan kekuatan Pimpinan akan datang sedikit sebanyak bergantung kepada suasana Muktamarnya.. maksud saya, sidang hadirin muktamar dan muktamirin.. merekalah yang akan mengemudi idea-idea bernas, mengolah dan merencanakan, segala persoalan yang lalu dan bakal mendatang, kemudian kesimpulan seharusnya ditejemah sebaiknya oleh golongan kepimpinan yang baru sepanjang mereka memegang amanah.

   Sekadar berkongsi pengalaman dengan sidang pembaca!.. dua tahun yang lalu, saya pernah mengikuti sidang Muktamar Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS). ternyata saya sangat kagum dan teruja dapat bersama golongan cerdik pandai, aktivis-aktivis mahasiswa seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, mereka (mahasiswa/wi) yang berkumpul atas dasar yang satu, iaitu memperjuangkan hak Mahasiswa Islam dan kepentingan agama Islam itu sendiri kini berkumpul di bawah satu bumbung hanya bagi membincangkan halatuju Mahasiswa Islam dan kaedah yang terbaik dan paling sesuai untuk diputuskan bagi mengemudi mahasiswa Islam di seluruh Malaysia.

   Alangkah berbezanya Muktamar tersebut... mereka terdiri daripada bidang-bidang yang berbeza, umumnya bukan khusus kepada pengajian Islam, sebaliknya terlihatnya dari kalangan aliran Sains, Jurutera dan Akaunten. Apa yang menambah lagi kekaguman saya sepanjang sehari bermuktamar, mereka semua berhujah dan memberi bahas yang mempesonakan.. hujah-hujah mereka sangat berguna untuk generasi akan datang, biar pedas sekalipun, perbahasan mereka bukan untuk membedal mana-mana individu atau mana-mana pihak, tetapi mendedahkan kelemahan-kelemahan penting yang harus di perbaharui bersama untuk kepentingan seluruh Mahasiswa Islam di seluruh Malaysia. Hujah mereka dari kepulauan Borneo, Perlis ke Johor, tiada satupun yang saya dapati hujah mereka dalam nada sinis, emosi dan sekadar melepas kemarahan dek kerana kelemahan kepimpinan yang ada, bahkan hujah-hujah mereka di sandar pula kepada peristiwa-peristiwa tertentu dan harus dijadikan tauladan. Entahlah.. mungkinkah mereka dari kalangan yang terpilih! menyebabkan hujah mereka begitu positif...? kita harus tanya diri dan pandang ke arah yang lebih tinggi dan jangan dilupa yang dibawah ini, mengapa kita tak sebegini?.

   Berbalik kepada sidang Muktamar PMKIAS 2010, empat kali sesi perbahasan, pengalaman saya mengikuti sidang Muktamar... hari ini tetap masih kurang membanggakan! bukan saya katakan Mahasiswa KIAS tak bagus, tapi tak semua yang bagus termasuklah saya. hari ini dalam sesi muktamar masih bernada tentang isu Pemimpin tidak mesra rakyat!!! sedangkan isu ini sering dibahaskan semenjak sesi-sesi yang lalu, sudah berulang kali.. adakah memang kita terlalu banyak Pemimpin Mahasiswa yang sombong, pimpinan yang tidak berwibawa, atau sebenarnya isu ini hanya sekadar sabotaj individu tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu.

   Sebelum itu.. mari sama-sama kita renungkan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan mesra rakyat?.. Pemimpin tersebut harus sentiasa bersama orang bawah? pemimpin harus tanggani semua masalah? pemimpin itu harus ikut apa sahaja kehendak Mahasiswa? atau pemimpin itu harus pertimbangkan mana yang terbaik untuk Mahasiswa?!!.. keduanya.. adakah wujud fenomena sosial berkumpulan di kampus kita? maksud saya Golongan Masjid, Golongan Bola, Geng ini dan Group itu? jawapannya ada pada kita semua..!! jika benar situasi ini wujud bermakna setiap pimpinan harus meneliti dan memahami Fa'el-fa'el mahasiswa ini bagi memudahkan mereka menjadi jiwa rakyat, walaupun dalam kesibukan tugasan mereka juga perlu tumpu kepada pengajian.

    Akhir kata dari saya, benarkah kita ketandusan kepimpinan berwibawa atau kita ketandusan bakat-bakat mahasiswa sebenarnya? ketandusan bakat-bakat mahasiswa yang bererti... Mahasiswa-mahasiswa kita kurang peka dan sensitif terhadap pembangunan sosial secara formal dan berorganisasi, hanya menumpukan untuk diri sendiri dan sukar diajak untuk berbakti dari sudut sumbangan tenaga, buah fikiran dan sokongan moral.... segala-galanya yang tertulis disini hanya sekadar masalah yang berlegar di minda saya! benarkah ia.. bagaimanakah kepimpinan kita hatta sejauhmana pencapaian maklumat mahasiswa kita... itu bergantung kepada diri kita untuk menilai situasi tersebut....

Walla'huaqlaam......
semoga kita mendapat banyak pengajaran
daripada apa yang kita lalui>>>>

Kerabat

Kerabat