Sabtu, 14 Ogos 2010

Raikan Ramadan Dengan Latihan Amal


Marhaban ya Ramadan,
Marhaban bika’ ya Syahru Ramadan,
Marhaban bika’ ya Syahru’ Quf’ran,
Marhaban bika’ ya Syahru’ Shi’am,
Marhaban bika’ ya Syahru’ Qiam,
Marhaban ya Ramadan…….

Barakallah Hu’ fihi…..

Assalamualaikum wahai sekalian saudaraku, semoga redha Allah menaungi kehidupan kita semua. mengenangkan Ramadan yang dipenuhi kebesaran rahsia-rahsia Allah dan Rahmatnya, marilah kita mengibarkan panji-panji perjuangan, membuka seluas-luasnya kerelaan, dan mengangkat setinggi-tingginya amalan…

Mudah-mudahan Cinta Allah jatuh kepangkuan kita.

Mendalami syarahan sang guru ini, marilah sama-sama kita jadikan diri kita diantara orang yang takut kepada Allah..

Siapapun yang takut pada Allah, Allah membuatnya tidak takut pada apapun. Semua kitab dan para Utusan-Nya di kirim agar mengajari anak-anak Adam agar takut pada-Nya. Dari pohon takut dan kecintaan pada-Nya, tumbuhlah semua maqam dan semua ilmu pengetahuan. Siapa yang takut pada-Nya akan dianugerahi Pengetahuan tentang Allah ( ‘ilmun ladunni) yang sebelumnya belum pernah dia dengar, lihat atau pelajari.

Allah mengajari kita di tangan para Nabi dan Awliya agar menjaga adab kita bersama Tuhan. Siapapun yang menjaga adab-nya akan mencapai tingkatan spiritual yang tertinggi. Para Awliya tidak mudah mempercayai seseorang yang datang pada mereka. Allah telah memberi perintah agar mereka tidak mengandalkan pada umat kecuali setelah lolos tahap pengujian. Seperti Nabi diperintahkan juga agar tidak mengandalkan setiap sahabat sampai mereka melalui ujian-ujian. Siapa yang belum memiliki hati yang jernih ( qalbun salim ) Allah akan menyempurnakan hamba-hamba-Nya melalui khalwat, latihan dan ujian sampai dia menjadi qalbun salim.
(Syaikh Muhammad Adnan Kabbani)

Wahai sekalian saudaraku, saban hari yang kita lalui selama ini, apakah kita penuhi dengan rasa syukur kepada Allah/ atau perkara yang sebaliknya kita hiasi kehidupan ini.

Hari ini, setelah sekian lama tidak menulis dan memmuatkan bahan bacaan di blog, akhirnya Ramadan 1431 H bersamaan 2010 M, terpancar satu rasa kebersamaan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman bersama kalian di ruangan maya ini.

RAMADAN AL MUBARAK’
Seluruh umat islam mengetahui besar dan hebatnya fadhilat yang terdapat di bulan Ramadan, yang mana padanya terdapat malam yang ganjaran amalnya menyamai 1000 bulan. Namun apa yang menjadi persoalan, kadang-kadang kita seakan tidak merasakan anugerah ini, bukan hanya kerana satu malam yang menyamai seribu bulan, tetapi hari-harinya yang juga digandakan amal seseorang kepada 10x ganda berbanding bulan-bulan biasa. Namun majoriti umat islam masih biasa dan leka menyambut anugerah luar biasa ini. Adapun sesetengahnya dari kalangan kita ada yang menggandakan amalan tetapi tidaklah semaksima mungkin. Bunyinya seakan senang bicara penulis1. Benar, semua yang telah penulis bicarakan adalah sukar bagi kita umat Islam diakhir-akhir abad ini, yang suasananya memerlukan dunia untuk mencapai akhirat. Wang misalnya, wang adalah alat yang penting untuk mencapai matlamat hidup hari ini, tanpa wang seseorang sukar bergerak ke majlis ilmu, menghadiri rumah-rumah Allah dan bagi menghulurkan sedekah jariah, namun masih ada dan terdapat ramai dikalangan umat Islam saat ini yang masih kurang meyakini yang wang bukanlah punca dan nadi utama untuk kita beramal.

Islam sangat mudah, bahkan ia tidak membebankan, antaranya kita hanya boleh bersedekah dengan hanya mengutus senyuman, membuang duri atau kayu yang menghalang laluan awam bahkan banyak lagi…

Justeru, Ramadan ini semuanya berganda jika kita melakukan amal. Maka, dengan anugerah ini marilah kita semua melatih mendisiplinkan diri dalam amal dan ihsan di bulan yang barakah ini. Ini kerana seperti yang semua umat Islam tahu.. apabila tenggelamnya matahari terakhir sya’ban maka iblis-iblis kesemunya akan dirantai dan dibelenggu dari menghasud dan menggoda manusia. Maka gunakanlah kesempatan ini untuk melatih dan mendisiplinkan diri dalam beramal agar hari-hari selepas Ramadan dapat kita lalui dengan tenang dan selamat.

BULAN MENDISIPLINKAN JIWA
Antara yang boleh kita lakukan bagi mendisiplinkan jiwa dalam beramal melatih membaca zikir-zikir dan mempraktikkan solat-solat sunat tambahan selain terawih. Antara zikir yang afdhal diamalkan;

1-      Istiqfar, ‘Astaqfirullah hal,A’zim’ 70x setiap selepas solat dan sebelum tidur.
2-      Berselawat ke atas Nabi saw. 10x setiap selepas solat lima waktu dan 100x setiap sebelum tidur.
3-      Membaca ‘Hasbunallah hu’wanik’mal wakill’ 100x 
4-      Berzikir lafaz ‘Lailaha ilallah Muhammadar Rasulullah’ 100x
5-      Membaca ‘Aubhanallah, Alhmdulillah, Allahuakbar Wala’haula’wala Quwwata’illa Billahil aliyyil A’zim 100x
6-      Membaca al-Quran sejuzuk sehari.
7-      Zikirlah apa saja yang kalian senangi setiap kali kalian terpandang keindahan ciptaan-Nya.

Jika dihitung jumlahnya seakan terlalu banyak dan amat berat, tetapi jika kita sudah melakukannya 4 hingga 4 hari kita pasti merasakan yang ia sebenarnya sangat mudah, bahkan hitungan itu sangatlah kecil jika kita menghitung masa yang ada.

Kita mempunyai 24jam/hari
24jam x60minit sama 1440minit.
1440minit x 60saat sama 86400saat

Dalam sehari kita mempunyai 86400saat.
Dan jika kita mempraktikkan zikir seperti di atas jumlahnya hanya
Astaqfirullah hal,A’zim’ x lima waktu dan sebelum tidur.
70 x 6 sama 420
Selawat ke atas Nabi saw. 10 x lima waktu tambah 100 seblum tidur.
Sama 150.
Zikir-zikir yang lain 100 x 3 sama 300.

Jumlah keseluruhan 420 tambah 150 tambah 300 sama 870
Maka setiap hari kita hanya berzikir 870 berbanding angka 86400saat/hari. Mungkin pengiraan saat terlalu halus dan besar jumlahnya dalam masa kita, boleh saja kita hitungkan pula dengan jumlah minitnya.

1440minit/hari dan 870 ternyata masih belum memadai.

Namun Allah sudah menyatakan bahawa ia akan menggandakan amal kita sepuluh x ganda di bulan Ramadan. Cubalah kita gandakannya

870 x 10 sama 8700. Bukankah 8700 cukup besar nilainya, dan sudah pasti jumlahnya lebih besar jika kita tambahkan zikir-zikir lain sekiranya berkemampuan. Justeru marilah kita sama-sama mempraktikkan dan melatih semampu mungkin di bulan yang mulia ini, mudah-mudahan, dengan latihan ini akan menimbulkan hubungan yang rapat kita dengan Allah dan timbulnya benih-benih takutkan Allah di dalam jiwa yang membuatkan kita akan dianugerahi pengetahuan yang belum pernah kita pelajari. Adapun penulis menyebut tentang solat sunat selain terawih, kita boleh memperaktikkan 2 rakaat solat sunat Qabliah dan Baqdiah selepas solat fardu Maqrib, I’sya, dan Zohor. Manakala 2 rakaat solat sunat Qabliah sebelum Subuh dan Asar. Selain itu boleh juga kita praktikkan 6 rakaat solat sunat ‘Dhuha’2-2-2. Dan solat sunat ‘Awwa’biin’ juga  6 rakaat 2-2-2 diantara waktu Maqrib dan I’sya.

Apa yang penulis nyatakan di sini hanyalah sekadar perkongsian yang rasanya elok jika kita amalkan sempena Ramadhan ini sebagai latihan untuk kita memajukan lagi amal-amal kita sebagai persiapan menghadapi hari-hari menuju kematian.

Adapun panduan ini tidak mengikut susun aturnya, namun ia tetaplah zikir-zikir yang afdhal dan kebanyakannya selalu diamalkan oleh orang-orang soleh dan para ulama.

Andai sekiranya saudara ingin mempraktiknya dengan lebih teratur dan tersusun, penulis mencadangkan agar carilah guru-guru yang mahir dan mempunyai wasilahnya.
Sekian sahaja dari penulis, segala yang baik adalah perancangan Allah dan yang khilaf itu adalah dari kelalaian penulis sendiri. Salam maju jaya, dan selamat menyambut Ramadan yang barakah ini. Wallahu aqlam.

Kerabat

Kerabat