Rabu, 3 Februari 2010

Awliya' Suka Kepada Orang Yang Merendah Diri

Oleh Sheikh Muhammad Nazim
Cyprus, 1990

Adalah mudah bagi Allah untuk membuat seorang daripada hambaNya menziarahi kalian; mungkin saya atau orang lain. Pada waktu sekarang, para awliya tidak ada kebenaran untuk menunjukkan keramat mereka. Kadang-kala para awliya mengunakkan keramat tanpa kita menyedarinya. Oleh demikian, perlu bagi kita untuk bersopan santun dengan semua orang, berbaik dan menghormati. Kita tidak tahu yang mana satu awliya Allah, awliya yang tersembunyi, seorang yang ada kuasa kerohanian yang menakjubkan.



Para awliya suka bersama kita, dan sekiranya majlis kita baik, mereka suka mendampinginya. Mereka tidak suka kepada orang yang megah, yang suka menonjolkan kebesaran. Awliya suka kepada abdi yang merendah diri.



Sekiranya tidak ada seorang untuk mengajar kita cara untuk mengawal nafsu, nafsu itu akan membuat kita beramal ibadah dengan megah. Kita akan merasakan diri kita sebagai warak dan kudus. Para awliya tidak suka orang seperti itu. Mereka juga tidak suka orang yang megah dengan kekayaan.



Sesiapa yang gemar bercakap besar, tindakan tersebut membuka pintu untuk nafsu menjadi segala-galanya. Para awliya suka orang yang tidak mendakwa diri dia sebagai apa-apa. Mereka suka kita sentiasa dalam keadaan kekosongan dan sentiasa serba berkurangan. Kerendahan hati merupakan ciri yang paling penting bagi seorang pengamal. Kita sebenarnya adalah kosong. Apa yang ada pada kita merupakan pemberian dan kurniaan Allah.



Allah sentiasa melihat apabila kita beribadat adakah ia membuat kita rendah hati atau membuat kita megah seperti syaitan. Setiap ibadat sekarang merupakan bekalan untuk nafsu; manusia tidak suka mencari seorang yang dapat mengajar mereka merendahkan hati, iaitu, tiang utama Islam. Kerendahan diri merupakan bekalan iman. Jangan memalukan orang, malah cubalah mencari dalih untuk mereka.



Beribadat seharusnya membawa kita kepada kerendahan hati. Sesiapa yang dapat lebih merendahkan hati dan diri mereka, akan diberi ganjaran dengan maqam yang tinggi di Hadrat Ilahi. Sekarang semua orang suka membuat masalah dan rintangan bagi orang lain. Semuanya mengaku bahawa dialah yang pertama dan yang terbaik. Apabila kalian mendakwa sedemikian, kalian akan ditimpa masalah, dan sekiranya Allah tidak membantu kalian, tidak ada jalan keluar daripada kesengsaraan tersebut.

Kerabat

Kerabat