Isnin, 12 Januari 2009

Boikot Atau Rakyat Malaysia Hilang Pekerjaan




Benarkah Kita Prihatin & Simpati?

Gema takbir menggegar angkasaraya segenap penjuru dunia, “Allahuakbar” kalimah agung bagi setiap insan yang beritiqad dengan dua kalimah syahadah. Tidak terpisah juga bagi mereka yang belum diizinkan mengenali sinar Islam, mereka mengumandangkan di merata dunia dengan harapan keramat “Free Palestin.. Stop Israel..” begitulah ragam dunia mutakhir ini, air mata anak-anak Palestin tidaklah keseorangan, walau di mana manusia berada, menitisnya air mata Palestin disertai jua air mata setiap mereka yang memendam rasa kasih serta rindukan keharmonian……

Kuala Lumpur, 09 Januari : Suasana Bandar tenang seketika. Di saat jarum panjang jam tepat berada pada angka 12, begitu juga jarum pendeknya, alunan ayat-ayat suci al-Quran mula kedengaran hampir di setiap masjid-masjid sekitar negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kebanyakkan umat Islam siap siaga untuk menunaikan Solat Jumaat. “Takbir”.. “Allahuakbar..” tiba-tiba keheningan sesudah Jumaat terusik dengan gema takbir yang berulang-ulang kali seawal sesudah salam Solat Jumaat, rupanya Masjid as-Syakirin pada hari itu merupakan tapak perhimpunan Mahasiswa Islam seluruh Malaysia bertujuan membantah dan mengutuk serangan Israel ke atas Palestin serta mengutuk juga kerajaan Mesir yang enggan membuka sempadan bagi bantuan kemanusiaan dihulurkan. Pelbagai laungan mengecam Israel di lafazkan di dalam perarakan menuju ke kedutaan Mesir bagi menyerahkan satu gugusan memorandum betapa kecewanya Mahasiswa Islam Malaysia terhadap kejahilan kerajaan Mesir. Dengan berpakaian serba hitam menjadi tema, lebih 3000 orang Mahasiswa dari seluruh IPTA/S berarak meredah terik panas sepanjang 4km bermula dari Masjid as-Syakirin KLCC menuju ke kedutaan Mesir.

“Boikot Israel, Hentikan menggunakan produk-produk Israel” kata-kata ini antara yang dilaungkan keseluruhan Mahasiswa yang berkumpul, bahkan bukan sekadar Mahasiswa, demikian juga hampir seluruh umat Islam Malaysia turut melaungkan kata-kata yang sama dalam siri demonstrasi lain dengan pengharapan kekejaman Israel ke atas Palestin dihentikan segera. Ternyata laungan itu kurang mengembirakan….!!



Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak terburu-buru memboikot barangan Amarika atau Israel. “Saya tidak melihat ada bukti yang menunjukkan KFC ada kaitan menyokong atau menggunakan sumber kewangannya untuk membantu Israel”. Umat Islam atau warga Negara Malaysia khususnya perlu kurangkan emosi dalam hal-hal seperti ini, dunia hari ini adalah lebih kompleks, rangkaian yang kita sangkakan milik Amarika sebenarnya tidak hanya memanfaatkan orang-orang Amarika semata-mata. Kita perlu memikirkan kesan jangka masa panjang dan pendekatan yang lebih strategik.” (Sinar Harian: Isnin, 12 Januari 2009)

Apakah maksud di sebalik nasihat Pengerusi KFC Holdings (M) Berhad. Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim ini? “Ada kira-kira 22 000 rakyat Malaysia yang bekerja dengan KFC dan Pizza Hut, dengan gaji untuk mereka mencecah antara RM200-300 juta setahun, mojoriti pekerja adalah beragama Islam.”

Rupanya dalam asyik kita berikthiar simpati ke atas rakyat Palestin, rupanya kita tidak sedar tindakan MEMBOIKOT KFC dan PIZZA HUT rupa-rupanya kita menzalimi hampir 22 000 umat Islam di Negara kita sendiri. Justeru dimanakah kebenaran kita yang sebenar?

Merenung sejenak tentang KFC, “Kita perlu memikirkan kesan jangka masa panjang dan pendekatan yang lebih strategik.” Mengulas ayat ini saya memikirkan tentang kasan jangka panjang yang perlu difikirkan. Status atau kedudukkan ayam-ayam KFC hari ini masih tiada bukti ianya memberi manfaat serta kesan jangka masa panjang kepada umat Islam khususnya. Sebaliknya ayam-ayam yang digoreng begitu rangup dan sehingga menjilat jari itu, di mana ia disembelih dan siapa yang menyembelihnya sudah cukup untuk kita menjadi ia sebagai kayu ukur untuk kita meletakkan kita diantara orang yang bijak.

Kesan jangka panjang?. Jika kita umat Islam memakan bangkai-bangkai, atau makanan yang tidak memenuhi tuntutan syariat Islam, nescaya hati-hati kita akan dipenuhi kegelapan, ringkasnya anak-anak dan generasi ummah kita hari ini yang mengamalkan makanan KFC sebulan empat kali contohnya, selama 20 tahun kita makan! apa kesannya? Janganlah dipersoalkan mengapa generasi muda kita hari ini rosak dan runtuh akhlaknya, kerana hati-hati mereka telah tertutup dari dimasuki cahaya iman. Jika hakikat ini berterusan, dimanakah masa panjang generasi kita?. Yang manakah perlu lebih strategik?.

“Ada kira-kira 22 000 rakyat Malaysia yang bekerja dengan KFC dan Pizza Hut, dengan gaji untuk mereka mencecah antara RM200-300 juta setahun, mojoriti pekerja adalah beragama Islam.” manakah yang paling kritikal? Benarkah ia tidak memberi manfaat kepada Amarika dan Israel? Setiap yang berkaitan pasti sedikit sebanyak menyumbang kepada teguhnya ekonomi yang terlibat, dan ia perlu dibahagikan..! KFC dan Pizza Hut mempunyai 22 000 pekerja, cuba bahagikan RM300 juta dengan 22 000 orang kemudian jawapanya dibahagi pula dengan 12 bulan. Secara kasar kiraannya, setiap seorang pekerja akan menerima gaji bulanan RM1136 setiap bulan lebih kurang, apakah 22 000 itu sama pangkatnya, dan berapa ramai dikalangan orang Islam yang memegang pangkat yang gaji mereka melebihi RM2000 dengan KFC?. Tanyalah sahabat kita yang bekerja KFC!. Jika benar keuntungan KFC dan Pizza Hut tidak disalurkan kepada Amarika dan Israel, apa pula buktinya?


Kalau benarlah memboikot barangan Israel dan Amarika akan menghilangkan banyak pekerjaan kepada rakyat Malaysia, sebenarnya semua umat Islam Malaysia harus berterima kasih kepada KFC, Pizza Hut dan TESCO kerana membuka banyak ruang pekerjaan kepada kita. Bagaimana pula isunya apabila TESCO di buka di Kota Baharu menyebabkan banyak usahawan kecil terpaksa gulung tikar antaranya “Pasaraya Noraini” yang katanya mempunyai 9 cawangan hari ini lumpuh, begitu juga pembukaan TESCO di Alor Star Kedah yang isunya pernah timbul di sidang negeri gara-gara terjejasnya perniagaan pengusaha-pengusaha kecil. Dan masih banyak lagi yang kita tidak ketahui. Lagi persoalan, siapa sebenarnya yang untung besar dengan pembukaan cawangan-cawangan perniagaan asing ini, dimana kelibatnya hasil anak tempatan kita yang beragama Islam.

Ingin saya buktikan sedikit sebanyak bahawa jika kita memboikot sekalipun semua barangan Israel dan Amarika, sama sekali takkan menjejaskan ruang pekerjaan di Negara kita. Dan kita sebenarnya mampu berdikari dan bersaing di mata dunia, tetapi hakikatnya kerana tertipu kita mengambil mudah cukup hanya kita menumpang menjual barangan orang sedangkan kita mampu menghasilkan barangan sendiri. Buktinya pembukaan Radix Fried Chiken (RFC) dari syarikat bumiputera Herba Penawar Al Wahida Marketing (HPA) yang kini mempunyai dua cawangan di Kedah dan bakal dibuka di Kota Bharu awal tahun 2009. Apakah salahnya jika tokoh-tokoh koporat Melayu yang ingin membela umat Islam di Negara kita melabur bersama HPA untuk menjelajah seluruh Malaysia dan dunia dengan mengembangkan RFC. Satu isu yang harus kita renungkan, KFC mengeluarkan satu surat akan menyaman RFC sekiranya gagal mengubah warna tema (merah) sebelum akhir tahun 2008. Jika benar tentang ingin menjaga umat Islam Malaysia kenapa perlu menyaman RFC yang 100% mengutamakan Halal dan Haram dan sepenuhnya bumiputera. Satu saman akan dikeluarkan hanya kerana WARNA MERAH. Inilah keuntungan semata-mata yang harus kita fikirkan demi jangka masa yang panjang. Saya masih ingat kata-kata dari pelanggan RFC, katanya “Warna merah Tuhan cipta hanya untuk KFC sahaja” dan inilah hakikat kapitalis.

Wahai teman-temanku yang memahami Islam dan rindukan perjuangan!

Andai benar dengan memboikot barangan dari Israel dan sekutunya Amarika Syarikat akan melumpuhkan kekuatan persenjataan mereka, maka marilah sama-sama kita beriltizam sesungguh-sungguhnya dengan cara ini agar kita benar-benar mempunyai keperihatinan dan simpati yang sebenar-benarnya kepada saudara kita di Palestin sehinggalah ianya diredhai Allah SWT.

“Temanku! Janganlah kita mempermainkan saudara kita di bumi Palestin dan janganlah pula kita terus mengalirkan darah dan air mata anak-anak Palestin dengan suatu ketika kita mengecam keganasan Israel dengan usaha memboikot barangan mereka dan sekutunya, dan dalam diam juga tangan kita terus menghulurkan sumbangan untuk penyembelihan lebih ramai rakyat Palestin”.


KFC TESCO PIZZA HUT


2 ulasan:

M Zulhelmi berkata...

Hmmm.... tuan penulis sebenarnya x patut tulis entry ni sekali pun dlm blog ni sebab kan tuan penulis nk boikot so internet/komputer pun kena la boikot...

so pun nak komen jugak pasal tulisan tuan penulis, pasal makan ayam KFC ni. nampak gayanya penulis mcm ada rasa sangsi pasal halal makanan diorang. adakah penulis juga sangsi dengan JAKIM?? sbb diorang la yg kluarkan sijil halal yg SAH untuk diorang berniaga.

pasal gaji yg lebih RM2000 tu umm Tan Sri yg MEMILIKI KFC Holdings tu bkn islam ke? dia boleh dikira baik sebab boleh bagi pekerjaan kat orang yg dibawah. mungkin yg gaji yg dibawah RM2000 ni org susah ke, kurang berpelajaran ke nk keje gaji yg lebih dll. so kat situ syarikat ni sedikit sebnyak dah bantu kita.

dan Tesco sebenarnya paling banyak bantu anak2 tempatan. bkn dari segi peluang pekerjaan tp dari segi pasaran. skarang petani2 dah ada pasaran baru yg bkn saja utk dlm malaysia tp satu dunia sbb tesco beroperasi kat banyak negara. lagi satu sapa ckap anak2 tempatan x hebat. Store Manager sape? org islam kebanyakkan. x caya pi tgok kat website tesco sendiri. dan percaya tesco actually dah tolong eksport makanan halal malaysia ke seluruh pasaran eropah. sapa yg buat makanan halal ni kalau bukan org islam kan?

pasal yg syarikat2 tempatan ni, bukan org x sokong. semua org sokong. cuma buat camna dah ini dinamakan perniagaan. persaingan bertujuan untuk bagi kita usaha lagi. yg mmg pengalaman saya sendiri penulis. selalu org bumiputera kalau buat perniagaan, perkataan bumiputera mesti tunjuk sbb mcm nk menagih simpati org. bg saya x payah sbb kalau kita betol2 bagus, org akan cari kita. bkn saya x pernah try produk HPA ke apa ke, tp dah x mencapai standard saya. tp ada produk tempatan yg saya beli mcm burger Ramly dll

nak tambah skit. kita sepatutnya bersyukur gak sbb kebanyakkan produk makanan dan bukan makanan kita buat sendiri, hasil tangan org malaysia walaupun tauke atas org luar. kurang2 kita tau yg benda ni selamat buat dlm negara sendiri. kita tau dari sumber tempatan. kita tau kita ada JAKIM untuk keluarkan sijil2 halal. tp sebagai contoh negara Kuwait, sebuah negara islam. 90% makanan harian mereka DIIMPORT. so kalau boikot mmg kebuluran la jawabnya. so yg ni kita lagi x tau dari segi halalnya dan sumbernya. so kita yg dok elok2 mcm ni nk komplen lagi??? ni bukan kempen menyokong israel tp lebih kepada menyedarkan diri tentang pendirian kita berdasarkan fakta2 yg sahih...

Muhammad Fadhlullah berkata...

isu skrg bukan mslh halal atau haram maknn tu..isu skrg hasil produk ni dpt pd sape dan dbgi pd spe..jgn nak kait dgn pkrja msia..bgus la tlog rkyt msia..tapi..yg 1000 lbih matidi gaza tu hgpa boleh jwb dpn Allah nnti hasil hgpa duk bli brg amrika? jd,tk prlu la nak tgis smpati dgn kaitkan mslh pkrja msia..blmbak lg keje lain..yg mati kna bnuh tu kna pkir dulu!

Kerabat

Kerabat