Ahad, 25 Januari 2009

Info Tentang Surat KFC












INFO UNTUK SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN

Dalam dua minggu lalu saya ada menerima satu komen yang membina dari seorang sahabat blog. Walau tak pernah bersua dan bertegur sapa dan entah dimana ia tinggal, namun keramahannya menyapa saya di alam siber sangat saya hargai kerana ianya sangat berguna bagi saya.

Antara yang dinasihatkan agar saya tidak sepatutnya menulis dan memaparkan artikel sebagaimana yang tertera di dalam blog saya yang bertajuk “Boikot atau rakyat Malaysia hilang pekerjaan” kemudian kenyataan yang telah saya nyatakan berkaitan mempertikaikan status ayam KFC yang penyembelihannya entah bagaimana. Sebagaimana yang ia nasihatkan “Penulis seakan meragui pihak JAKIM yang memberikan logo halal kepada KFC” akan tetapi ia nyatakan usaha memboikot TESCO,KFC dan PIZZA HUT hanya akan memberi kesan dan menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, justeru saya ingin nyatakan kenyataan sebegini kurang menyenangkan saya kerana ianya seakan kita tidak pernah percaya rezeki itu telah ditulis oleh Allah SWT sejak awal penciptaan seseorang manusia, secara tak langsung kita telah jatuh ke lembah orang-orang yang berpaling dari ketentuan Allah SWT.

Kemudiannya tentang KFC yang dinyatakan tiada kaitan dengan Amarika Syarikat sebelum ini boleh kita nilainya dengan fakta dan bukti yang telah saya perolehi..

Untuk maklumat sahabat-sahabat sekalian, sebelum ini saya ada menyatakan tentang surat saman yang akan dibuat oleh KFC kepada RFC(HPA) gara-gara hanya kerana temanya berwarna merah!. Maklumat terbaru yang saya perolehi daripada Ust. Azizan Hj. Ahmad Presiden Kelab Pemimpin Utara (KPU) HPA. “Surat saman yang akan dibuat oleh KFC kepada RFC sebenarnya beralamat terus dari pejabat KFC dari Amarika Syarikat” buktinya sahabat-sahabat bolehlah menilai sama ada sumber KFC akan disalur atau tidak kepada Amarika?. Paling penting yang harus kita fikirkan! mengapa KFC becita-cita untuk menyaman RFC sedangkan ketika itu hanya satu sahaja RFC yang baru di promosikan oleh HPA. Renungkan!

Apa yang ingin saya kongsikan juga, dua RFC telah dibuka di kedah dan satu bakal dibuka di Kota Bharu sebelum Mac ini. kali pertama saya melangkah masuk ke ruang selera RFC, apa yang ada dalam minda saya adalah saya seakan tidak berjejak di bumi yang nyata bahkan lidah kelu tidak mampu berbicara.. mata turut beraksi ingin mengerah mutiara sucinya mengalir namun saya tahankan jua kerana sedar ini satu Rahmat Allah sebenarnya, tidak sangka seluas bumi yang Allah ciptakan rupanya seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Perlis telah dipilih untuk membuka mata umat Islam di Malaysia betapa sebenarnya kita sebenarnya mampu berdikari. Setengah jam sambil memakan Radix Fried Chiken, hijab saya terpandang betapa satu empayar baru yang akan tercipta dalam dunia ekonomi Islam, tidak terhalang lagi pandangan hati ini, yang saya percaya jika kita seluruh umat Islam Malaysia bersatu dalam memberi sokongan sepenuhnya pada HPA Insyaallah kita mampu menjelajah dunia sebagaimana KFC menakluk Negara kita. Keyakinan saya bertambah kukuh empayar baru ekonomi Islam akan terbentuk apabila HPA telah merangka plan bangunan 14 tingkat Hotelnya yang bakal dibina di Bandaraya Kota Bharu dalam setahun dua lagi, begitu juga plan penubuhan Kolej Penyelidikan Herbalis yang sekarang tanahnya telah dimulakan gerak kerja pembinaannya di Perlis, setakat ini juga HPA telah melahirkan pelajar yang bergradued dalam sijil dan diploma Herbalisnya. Akhir kata pada sahabat-sahabat yang mempunyai kesempatan.. ziarahlah ke RFC di sungai petani dan Shahab Perdana Alor Star, kilang-kilang HPA di sekitar utara dan apakah gambaran yang akan sahabat-sahabat berikan setelah melihatnya?

“Mahasiswa Penggerak Ekonomi Ummah”

Tiada ulasan:

Kerabat

Kerabat