Ahad, 28 Disember 2008

Wanita-wanita adalah...!!!




WANITA DAN IBU MUSLIMIN

Allah SWT berfirman di dalam al Quran al Karimn yang bermaksud:

“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, llaki dan perempuan yang khusyuk. Lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah SWT, Allah SWT telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.”(Al-Ahzab:35)

Lagi Firman Allah yang bermaksud:

“Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita, disebabkan Allah SWT telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana lelaki telah menafkahkan harta mereka.”(An-Nisa’:34)

KEDUDUKAN WANITA

Wanita adalah sebahagian daripada lelaki kerana ia dicipta dari tulang rusuk lelaki sebelah kiri. Ia dikurniakan dengan ‘sembilan’ nafsu dan ‘satu’ akal. Kelemahan wanita kerana menurut nalurinya daripada menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan ‘sembilan’ akal dan ‘satu’ nafsu. Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya akan godaan wanita.

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”(Riwayat Abu Nuaim)

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Seorang wanita solehah lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu, maka ditutup baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang mana dia dapat masuk daripada pintu mana saja tanpa hisab.”

Siti Aisyah r.a pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang brmaksud:

“Tidaklah seorang wanita yang didatangi haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari perama haidnya, dia membaca ‘Alhamdulillahi ‘alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin’, maka Allah SWT menetapkan baginya bebas daripada neraka, dengan mudah melalui sirat, aman daripada siksa, bahkan Allah SWT mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah SWT selama haidnya.

WANITA YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT

Abu Hurairah r.a merieayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia mengembirakan, apabila engkau perintah dia taat, apabila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”

Terdapat sebuah riwayat, bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang lelaki yang bakal berangkat untuk berperang d jalan Allah SWT. Dia berpesan kepada isterinya, “Wahai isteriku, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.” Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka wanita tersebut mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada utusan itu, yang bermaksud: “Supaya dia taati suaminya.” Wanita itu bukan mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga ianya benar-benar mentaati suaminya dan tidak berani keluar dari rumah. Maka ayahnya meninggal dunia, tetapi dia tetap tidak pergi melihat atau menziarahi jenazah ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya.” Dalam riwayat yang lain mengatakan Allah SWT turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Di dalam Israk Mikraj, Nabi SAW telah melihat di dalam syurga bahawa Allah SWT memasukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal daripada suami mereka dan apabila melihat ke dalam neraka, Nabi SAW dapati dua pertiga daripada penghuninya adalah wanita.

KELEBIHAN WANITA

Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila Seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah SWT mencatat baginya seribu kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan, bahkan segala sesuatu yang di sinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah SWT mengangkat seribu darjat untuknya.”

Maulana Syed Ahmad Khan dalam Bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita, katanya:

  1. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seorang wali Allah SWT.
  2. Wanita yang mengguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah SWT akan rezekinya.
  3. wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
  4. Wanita yang solehah lebih baik daripada 70 lelaki yang soleh.
  5. Allah SWT memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan berzikir.
  6. Seorang wanita yang menutup auratnya ditingkatkan oleh Allah SWT nur wajahnya 13 kali daripada wajah asalnya.
  7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah SWT Yang Maha Indah, tetapi Allah SWT sendiri akan dating untuk berjumpa dengan wanita yang menjaga auratnya purdah dengan istiqamah.

PERKARA YANG AMAT DILARANG ALLAH SWT BAGI WANITA

  1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hiduplah dengan apa yang kau suka.”
  2. Allah SWT melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
  3. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan kegairahan kepada orang lain, maka dai tidak akan mencium bau syurga.

Tiada ulasan:

Kerabat

Kerabat