Sabtu, 11 Julai 2009

DAMAIKANLAH JIWA KITA, BERGEMBIRALAH DENGAN NIKMAT YANG ADA

MENJELAJAJAH MINDA
MEMBONGKAR RAHSIA
Sebaik-baik kata adalah pujian kepada Allah s.w.t, dan sebaik-baik manusia adalah yang menghina diri di hadapan Yang Maha Bijaksana (Allah Az Zawajal)

Semoga hidayah Allah melimpah ke lubuk hati setiap sahabat yang membaca demi mencari ketengan jiwa. Sebagaimana yang kalian semua maklumi, manusia tiada yang sebaik yang kita harapkan, adapun dikalangan orang yang baik itu mereka tidak diperlihatkan oleh Allah s.w.t kebaikan mereka secara zahiriah, namun masih ada manusia yang akan mengenali mereka melalui pancaran cahaya ruhiyah yang bersinar disebalik wajah dan lubuk hati mereka, mereka ini jarang dikenali kerana sering menyembunyikan diri dari amal-amal kepada Tuhannya demi memelihara kerendahan diri di khalayak manusia seterusnya tunduk kepada Allah s.w.t. Dan adapun orang yang dizahirkan Allah s.w.t kehidupan mereka itu diselubungi amal, namun mereka masih tidak dijamin untuk terlepas daripada ancaman syaitan, kerana maksud kehidupan duniawi ini adalah cubaan semata-mata dan bukan selamanya selamat. Ketahuilah betapa daripada kelompok manusia, dengan berpandukan wahyu Ilahi, sedaya upaya yang digagahi mereka ini cuba menongkah arus dengan menelusuri kehidupan yang serba bersederhana, mendidik hati menjahuhi larangan Allah s.w.t serta berusaha sedaya mampu untuk mentaati perintah Allah s.w.t, namun demikian Allah s.w.t tidak pernah berfirman tiada ujian bagi mereka(golongan ini), justeru yang bergelar hamba, dari sekalian keturunan Adam a.s, kita semua diberi ancaman semenjak permulaan Adam a.s bakal menerima perintah daripada Allah s.w.t lagi, gara-gara hanya kerana megahnya (iblis) Azazil laknatullah yang merasakan dirinya lebih sempurna daripada Adam a.s. Justeru, tiada kata alas untuk kita mendakwa seseorang hamba yang melakukan kesilapan ketika hidupnya dan tiada alasan juga untuk kita menjamin keselamatan bagi mereka yang cuba meniti jalan kebenaran. Persoalannya Allahlah yang mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Kepadamu teman-temanku! Apakah sebenarnya yang inginku bicarakan kepada kalian semua? Apa kaitkah “Menjelajah Minda Membongkar Rahsia” dengan artikelku ini. Sebenarnya, ingin sekali saya mengajak kalian semua saja-saja menjelajah minda dan kita bongkarkan rahsia yang tersembunyi disebalik naluri kita. “Berpakaian Jubah” bagi seorang muslimah di kampus bukanlah satu peraturan tetapi hanya sekadar pendidikan yang cuba diterapkan bagi melahirkan sekelompok generasi yang mempraktik dan mengamalkan serta mengembangkan pensuasanaan semula imej Islam melalui pemakaian di dalam kelompok masyarakat. Kepada teman-temanku, anda adalah mahasiswa, kelompok manusia yang di iktiraf sebagai golongan yang berpendidikan professional, namun sejauh manakah kalian menelusuri isu pemakaian jubah ini di kampus kita, sehingga kadang-kadang kalian sendiri merasakan ia adalah satu paksaan terhadap diri kalian. Kalau benarlah kalian ini mahasiswa, sebaiknya kalian harus mendalami mengapa konsep ini dipraktikkan di kampus kita, dan mengapa di kampus-kampus lain tidak dipraktikkan? Bagi memulakan penjelajahan minda, ingin saya bawakan beberapa pandangan yang saya dengar daripada tenaga pensyarah kita “Pemakaian jubah di kampus kita bukan sebagai peraturan, tetapi Persatuan Mahasiswa terlalu taksub dengan pemakaian jubah” kemudian “Awak tahukah, kadang-kadang muslimat kita berpakaian jubah di kampus tapi perangai di luar kampus lebih teruk” dan lagi “datang ke kampus tutup habis, Nampak baik saja.. tapi ada yang kena tangkap di hotel” beginilah beberapa reaksi pensyarah kita berhubung pemakaian jubah di kampus.
Terus terang kepada kalian semua, apa yang saya jelajahi di minda saya ketika mana isu ini ditimbulkan, saya mengakui memang fenomena yang disebut itu benar dan sedang kita lalui. Cuma, minda saya menghukum kenyataan yang dibuat tadi adalah kurang bijak dan tidak professional. Mengapa? Sebenarnya jika kita orang yang mahir dan berilmu, dakwaan Persatuan Mahasiswa taksub takkan dilontarkan di dalam bilik kuliah, sebaliknya harus dibentang di dalam bilik mesyuarat bersama ahli pentadbiran. Pemikiran yang harus memacu mahasiswa adalah, jika benar agenda Jubah ini di praktikkan daripada Persatuan Mahasiswa sekalipun, kalian seharusnya merujuk kepada pentadbiran kampus bahawa berlaku perlanggaran etika kampus. Dan seharusnya kalian perlu lagi bijaksana di dalam membuat penilaian, Persatuan Mahasiswa tidak akan dapat melaksanakan konsep tersebut jika tiada keserasian daripada pihak HEP dan pentadbiran, jadi secara profesionalnya, tiada siapa yang boleh mendakwa bahawa Persatuan Mahasiswa terlalu taksub.

Penjelajahan seterusnya, sekarang kita seharusnya membongkarkan rahsia diri masing-masing. Sebagai seorang mahasiswa, kita mempunyai kekuatan diri yang tersendiri, jadi perahkan minda dan renungkanlah sejenak! Pernahkah kalian mengidamkan sesuatu yang sangat mendamaikan? Kalian ingin menikmati suasana yang begitu unik dan sangat harmoni? Sebenarnya jawapan kepada isu ini ada kepada diri kita sendiri, Cuma ianya masih diragui dan samar-samar. Bagi saya, kita sekarang adalah pelajar, kemudian mengamalkan cara hidup Islam, paling utama datang ke kampus dengan tujuan mendalami ilmu Islam, apabila kita semua disebut pelajar, kita semua bakal di ajar, di latih, diberikan pendedahan dan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, maka pendekatan melalui pemakaian juga adalah satu pendidikan kepada kita semua. Justeru tidak perlu timbul rasa ingin mengubah suasana yang sedia ada di kampus jika ianya masih tidak mengundang bahaya kepada banyak pihak.

Saya mahu memaksa kalian semua berfikir sejenak! Terpacul di kalangan muslimat kita, “kita dipaksa memakai jubah” wahai serikandi budiman, tahukah kalian semua sedang di ancam oleh kemusnahan, kita semua diburu oleh kejahatan, apa yang kita cuba zahirkan di kampus sebenarnya adalah hanya sekadar untuk berwaspada dan sedaya mungkin untuk menutup segala ruang dan pintu kejahatan di taman pendidikan kita. Namun wajarkah kita sebagai pemegang status mahasiswa, yang datang dari setiap pelusuk negeri dan Negara, berdaftar sebagai mahasiswa Islam, kemudian memilih isu pemakaian menjadi topik yang ingin diperjuangkan. Jika memerangi mahasiswa yang memakai pakaian yang menjolok mata itu satu kewajipan, tetapi kita mempertikaikan “Pemakaian Jubah” yang saya rasa ianya sangat mendamaikan mata yang memandang dan mententeramkan kegelisahan hati setelah pandangan mata tidak dapat disorokkan lagi dari memandang aurat-aurat wanita di Bandar-bandar maka kampus inilah yang menjadi tempat menenangkan diri kita semua. “Adakah dengan memakai baju kurung itu tidak menutup aurat”? inilah pertanyaan yang membuatkan kita masih berasa samar-samar, berbaju kurung tidaklah menjolok mata sebenarnya, bahkan ia adalah pemakaian asal budaya kita di bumi Malaysia, namum peringkat peralihan remaja kepada dewasa yang kita alami masih mempunyai beberapa perkara yang perlu kita teliti. Memetik istilah “mencegah lebih baik daripada mengubati” saya ingin menyimpulkan beberapa aspek daripada konsep berpakaian. Berbaju kurung dan bercorak bunga-bungaan, warna- warninya sudah tentu menarik perhatian ramai pihak, maka di sini ada penarikan pemerhatian melalui warna dan corak bunga-bungaan dari pemakaian kita tersebut, justeru bagi menjamin keselesaan, kita lebih memilih untuk menerapkan pemakaian jubah yang warnanya lebih sekata dan tidak bercorak sebagai langkah mengawal sebelum berlaku kesilapan di pihak mahasiswa. Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang bakal timbul jika kita tidak mepraktikkan Jubah sebagai pemakaian rasmi kuliah? Sebenarnya dikalangan kita yang bergelar mahasiswa ini, kedudukan kita tidaklah sekata, melalui pemakaian ini, mahasiswa boleh terbabas dengan pengaruh berfesyen, ini menyebabkan kadang-kadang kualiti kita terganggu dan “al aqmalu binniat” yang membawa kita ke kampus untuk menuntut ilmu secara tak disedari terbatal dik hanya kerana berpakaian. Dan jalan yang terbaik pada kita semua, tidak salah sekiranya kita berpakaian jubah sekalipun semasa di didik kerana hanya sepanjang pengajian ini sahaja adanya orang memantau dan menasihati kita, sebaliknya apabila kita sudah menempuh alam masyarakat yang sebenar, tiada lagi nikmat ini bagi kita, semuanya hanya bergantung kepada diri kita masing-masing.

Akhir pengembaraan artikel ini, masih ada yang ingin saya khabarkan kepada saudara/ri, sebenarnya betapa dan teramat ketinggalanlah jika kita masih mahu memperjuangkan isu pemakaian Jubah di kampus kita, sedangkan ianya serasa saya tidaklah merugikan kita atau mana-mana pihak bahkan memberi rahmat kepada masyarakat kerana terdapatnya sebuah perkampungan yang mengamalkan nilai-nilai Islam di bumi Nilam Puri ini. Sebenarnya saudara/ri, kita yang bergelar mahasiswa seharusnya lebih peka terhadap isu-isu yang lebih mencabar, membantu masyarakat dalam membangunkan nilai-nilai Islami, membina kelompok yang menjadi tonggak generasi, mempersiapkan generasi-generasi baru untuk menyambung wasilah Rasulullah s.a.w.. Paling hampir adalah mahasiswa harus mengerah qudrat memerangi kejahilan yang melanda dan menghantui sesama kita, mengapa? Kerana kitalah pewaris Negara, dan kebanyakan daripada mahasiswalah yang menguntung dan merugikan agama kita, kerana kita bakal mengganti cerdik pandai suatu masa nanti. Hal dan perkara yang remeh janganlah kita perbesarkan sehingga masalah yang lebih mengancam dan mebarah terlebih dahulu memenuhi kehidupan kita.

Wallahuaqlam.

Sebagai renungan terakhir, renungkanlah statistic anak luar nikah di johor.
(Sebuah daripada 14 Negeri di Negara kita)
Dikeluarakan oleh:
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,
Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri.
DR. ROBIA KOSAI

Jumlah anak luar nikah di negeri johor bagi tempoh 2005 hingga Mei 2009, berjumlah :15,610

Pecahan mengikut kaum adalah:
Melayu : 5,393
Cina : 6,522
India : 3,695

Kesemua maklumat dan data yang dikumpul adalah dari Hospital Kerajaan dan Suasta, kesemua anak luar nikah ini dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) dan di Istilahkan oleh Jabatan Agama sebagai anak yatim.

Apakah Isu Jubah di kampus kita menyebabkan kita terlupa isu Sosial yang lebih membarah dikalangan masyarakat kita. Adakah kita sebagai Mahasiswa akan menjadi perawat kelukaan masyarakat atau kitalah yang menyumbang ke arah hadirnya generasi tidak berbapa ini seterusnya meracuni ummah yang sudahpun kemabukan. Bersama kita renung dan fikirkan.

Tiada ulasan:

Kerabat

Kerabat