Ahad, 27 September 2009

Hidup Untuk Mati Untuk Hidup

Allah.Allah..Allah.Allah..Allah.Allah Hasbunal Lah..

Salam sejahtera buat mu wahai kekasih yang dikasih Allah, kekasih yang mengasihi umatnya dari sebahagian sifat kebesaran Allah yang Maha Pengasih, yang telah menciptakan Muhammad sebagai manusia penterjemah peristiwa masa lalu dan masa hadapan, lebih istimewa, tersergam sudah lembaran hikmah daripada sabda Baginda untuk panduan kita semua umat manusia mengkaji landasan manakah kita saat ini..!! selamatkah di sana?

Hidup Untuk Siapa, Mati Hendak Kemana?

Hamba menulis bukan untuk saudara/ri.. hakikat sebenar untuk berbicara dengan hati sanubari, berdialog, lalu menkaji dan meneliti… persiapan apa yang telah di lengkapi? teringat gurau allahyarham Ayah “Ma! siapkan bekal siap-siap letak tepi pintu, sampai masa ambil bawak pergi” itulah yang kakak ipar cerita cuti raya baru-baru ini, mungkin ia satu gurauwan, tetapi kebenaran kita untuk membawa bekalan adalah sangat di perlukan untuk hidup selepas mati…
]
Saya pernah mendengar sang guru berkata, “Saintis Barat berpendapat, permulaan alam semesta bermula dari satu letupan, dari sekelompok cahaya besar yang di ciptakan seawall-awal ciptaan, maka meletusnya dahsyat sehingga serpihan-serpihannya mencadi ciptaan yang lain. daripada serpihan tadi terjadilah bumi, bintang dan matahari, wallahuaqlam.
(Prof. Madya Dato’ Dr.Syaikh Zulkarnain) tenaga Pensyarah USM S.Dua.

Dan pernah saya membaca dari artikel sang guru.. seawall-awal kejadian adalah nur Muhammad s.a.w, cahaya itu tergantung diatas arash Allah s.w.t, dan iblis sudah mengenali akan pemilik asal cahaya tersebut, maka ia tekun beribadat kepada Allah tanpa jemu, mengharapkan suatu ketika ia akan dianugerahkan cahaya tersebut, tetapi Adam yang dicipta kemudian, dikurniakan cahaya (nur Muhammad) disinilah Iblis memprotes, “aku terlebih dahulu beribadat mengapa Adam yang dipilih”. Wallahuaqlam.
(Maulana Syaikh Nazim Adil Haqqani) Mursyid Tariqah Naqshbandy al A’lyyah.

Persoalannya, kejadian kita semua (manusia) sukar untuk kita terjemahkan bagaimana pemprosesan sebenar pemulaan kejadiannya begitu juga tentang alam semesta, akan tetapi kita sangat jelas betapa kita akan melalui mati setelah hidup dan kembali hidup setelah mati..!

Sebagaimana maksud Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam ar Tirmizi,

Daripada Anas r.a. berkata: Rasulallah s.a.w. bersabda, “akan datang kepda umat’ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.”

Jika kita merenung sejenak akan panduan ini, kita dapati adanya satu zaman yang akan dilalui oleh umat manusia di mana ia diumpamakan bagi mereka yang akan beramal dengan agamanya laksana menggenggam bara api.

Keterangan Hadis: Yang dimaksudkan disini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. ini adalah disebabkan suasana di sekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajipan agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. ini juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.
(Di petik: hadis ke-duapuluh dua, Hadis Akhir Zaman, Abu Ali al Banjari an Nadwi)

Justeru dapatlah kita berbincang, zaman bilakah hadis yang dimaksudkan ini? Apapun, sengaja saya mengetengahkan hadis ini sebagai gambaran yang kita semakin hampir hari-hari terakhir dunia. pokoknya, hadis tersebut memberi panduan kepada kita, betapa saat kehidupan kita hari ini begitu mencabar, cuba perhatikan kehidupan sekeliling kita! kita dapat menyaksikan aurat-aurat gadis di sekeliling kita, hatta di sekitar rumah, remaja berduaan tanpa ada ikatan pernikahan berleluasa di mana sahaja sampai ketahap mengorbankan maruah, tarian-tarian wanita separuh berpakaian masuk ke setiap rumah orang Islam dan pemimpin-pemimpin sering mengejar kemewahan. Maka di pelosok manakah kita akan damai dalam hubungan dengan Tuhan? jika keadaan persekitaran tidak memudahkan kita untuk tenteram dalam beramal dapatkah kita melepasi hari pengadilan dengan tanpa dihisab, dan melalui alam barzakh tanpa di hukum oleh malaikat Mungkar dan Nakir.
(semaga kita semua di beri lindungan Allah az Zawajal)

Sebelum perbincangan kita diteruskan, satu pertanyaan yang harus kita fahamkan, adakah manusia yang mampu bebas dari azab kubur dan timbangan al-Mizan? tentang alam barzakh kita dapati banyak peristiwa, hatta di negeri dan negara kita sendiri., antaranya peristiwa-peristiwa kubur yang digali terdapat jenazah yang belum reput sedikitpun kain kafannya, dan bukan satu, lebih sepuluh rasanya kejadian ini berlaku. apabila disiasat amal mereka, mereka hanya mengamalkan amalan tertentu sahaja ketika hidup contonya: membaca al Quran setiap pagi dan petang secara berterusan, berzikir sepenuh hati pada pagi dan petang, tanpa meninggalkan kewajipan Rukun Islam, di samping hati mereka tidak pernah benci kepada manusia hatta makhluk Tuhan yang lain termasuk haiwan. belum lagi kita memetik kisah lain dari Zaman kegemilangan Islam dahulu kala, lebih ramai Wali-wali Allah yang terpelihara daripada azab dan siksa.

Satu kisah, seorang yang bernama Nasuha, pekerjaannya adalah mencuri kain kafan dan menjualnya untuk mendapatkan hasil sara hidup. setiap hari ia akan mengelilingi negerinya untuk mengenal pasti jika ada orang yang meninggal untuk ia gali mencuri kain kafan mayat. Suatu masa dalam pertemuan Nasuha dengan sang gurunya, gurunya berwasiat, “wahai Nasuha, jika suatu hari aku meninggal, janganlah engkau mencuri kain kafanku” pesan gurunya. Nasuha pun mengaku untuk tidak mencuri kain kafan gurunya jika sudah meninggal nanti. akan tetapi pada hari sang guru Nasuha meninggal, puas sudah Nasuha menelilingi sekitar negerinya namun tak ada siapapun yang meninggal hari itu, maka Nasuha pun berbisik di dalam hatinya “puas sudah aku mengintip hari ini, tetapi tiada seorang pun yang meninggal hari ini melainkan guruku, wahai guru maafkanlah aku, aku terpaksa untuk mencuri kain kafanmu” maka, pada malamnya Nasuha pun segera keluar untuk menggali kubur sang guru. tika inilah dia melihat mayat gurunya terbakar hangit. Dalam ketakutan ia bertanya, “wahai guru apakah yang membuatkan engkau jadi begini, bukankah engkau banyak menghabiskan masa untuk mengajar rakyat tentang agama”? lalu gurunya pun menjawab “ dahulu pada suatu hari aku diundang ke majlis kenduri, selesai menikmatinya aku pulang melalui sebuah jalan, dan aku mengambil sehelai daun kurma untuk menggunakan lidinya bagi mencungkil celahan gigi. rupanya pohon kurma tersebut adalah milik seseorang”. cerita gurunya, saat itulah Nasuha menangis dan berkata” kalau sepotong lidi kurma engkau sudah diazab sebegini rupa, bagaimana nanti aku yang sepenuhnya mencuri kafan mayat”? maka dia pun bertaubat lalu mengasingkan diri dari kebanyakan manusia. disinilah timbulnya istilah “Taubat Nasuha”

Jika sebatang lidi sudah diazab oleh Allah bagaimana pula kita yang hidup di akhir zaman ini, mampukah kita menyelamatkan diri kita dari di azab. andai Nasuha sang pencuri kafan punyai guru, bagaimana kita? kebanyakan kita jika, kurangya ilmu agama tidak pula mencari sang guru, malah tetap berharap Syurga tanpa mengamal walau hanya zikir kepada Allah. zaman kita, sudah tentu tidak dapat tidak, kita tidak dapat mengelak untuk tidak memandang apa yang dilarang Tuhan, ini kerana sehingga di dalam bilik pun kejahatan mengikuti kita.

akhir perkongsian saya, sejauh manakah bekalan kita yang sudah dipersiapkan, kemudian ditolak pula dengan kesilapan kita, dan kelalaian kita dalam mengerjakan tanggungjawab, bagi saya, saya tidak punyai kekuaatan hatta sedikit zarah pun untuk mengakui yang satu amal saya pernah diterima Allah. ini kerana sesekali kita tertinggal solat, memandang yang terlarang dan terdedah kepada kejahatan. Jika ada sudah tentu perasaan egois saya.

Lagi kisah yang nak dikongsi.. seorang pelajar bertanya saya. “Abang, saya mushkilan tentang ajaran hal benar, ada orang mengatakan yang wahabi ni ajaran sesat, dan ada yang mengatakan ajaran puak-puak jemaah yang sesat” apakah yang harus kita jawab sebenarnya? yang mana pengalaman saya bermacam-macam lagi persoalan yang ditanya, Syiah, Tabliq, Tariqat dan sebagainya, yang manakah jalan benar sebenarnya…? Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenarnya.. yang mana pula ahli sunnah wal jamaah? Wahabi kata mereka ahli sunnah, Tabliq kata mereka ahli sunnah, Tariqat kata mereka ahli sunnah? (Insyaallah setelah merujuk guru saya akan kongsi tentang syarat-syarat jemaah dan ahli sunnah.)

Akhir kata, mari bersama kita merenung riwayat at Tirmizi ini..

“Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
(Di petik: hadis ke-duapuluh dua, Hadis Akhir Zaman, Abu Ali al Banjari an Nadwi)

Keterangan Hadis: Masa akan berlalu begitu cepat. belum sempat berbuattt sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat kita selesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya itu ialah dicabut keberkatan daripadanya, memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al Karmani itu, dahulunya dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara yang dapat kita laksanakan. ini adalah satu petanda hampirnya kiamat.

Rumusan dari keseluruhan yang ingin saya terjemahkan sebenarnya betapa hidup kita adalah untuk hidup dan sebenarnya harus mati sebelum kita hidup. dan dalam mati kita berada diantara azab dan sejahtera, dan sebelum hidup kita di timbang oleh al Mizan dan meniti Titian Sirath, semuanya tidak mampu dijawab di dunia, dan tidak dapat dibukti dengan mulut melainkan kequdusan hati dan amal sahaja menjadi peguam bela kita nanti…

Menulis bukan bererti mahir..
Menulis bukan bererti aman,
Diam lebih baik daripada menulis..
Adakalanya menulis lebih baik daripada diam..
Tidak menulis bukan bererti jahil..
Dan jahil sudah terbukti tidak akan aman…
Sama-sama nasihatkan diri, Sama-sama sucikan hati…
Hamba bukan yang terbaik dikalangan hamba!

Tiada ulasan:

Kerabat

Kerabat