Rabu, 7 Januari 2009

MENUNGKAH GENERASI UNGGUL




Siapakah manusia sebenarnya..?

Mengapa berbilang bangsa dan bahasa..?

Adakah dunia selain kehidupan ini......?

MENUNGKAH GENERASI UNGGUL


Malaysiaku kian di hormati…. Sangat dikagumi segenap dunia, namun apakah resepinya untuk kita kongsikan bersama, apakah kejayaan yang menungkah Malaysia sehingga terkenal di mata dunia….


Saya melihat pokoknya bermula apabila usaha menggarap pembangunan melalui memperkasakan pendidikan Negara, jadi isunya yang ingin dikongsikan bersama adalah “Usaha memperkasakan pendidikan di Negara kita berjaya melahirkan mereka yang cerdik pandai” tak sungguh tak kata.. tiada siapa dapat menafikan perkembangan ini, buktinya…Malaysia mempunyai pakar-pakar dalam bidang-bidang professional dunia seperti pakar teknologi, ekonomi, enginer dan bidang penyelidikan malah mampu melahirkan pula ramai generasi baru yang pakar dalam bidang-bidang terkemuka.

Lagi membanggakan Negara, kita juga mampu menempa nama dengan pelbagai keberanian dan semangat jitu yang di tunjukkan oleh anak jati Negara, antaranya pendakian everes, penjelajahan kawasan kutub utara, renangan merentasi lautan yang luas dan banyak lagi, paling membanggakan kita baru-baru ini apabila seorang daripada rakyat Malaysia telah dinobatkan sebagai seorang angkasawan dan usaha gigih telahpun dipertingkatkan bagi melahirkan lebih ramai individu yang bakal meneruskan misi menakluki ilmu angkasa………..


Meringankan Pemikiran


Sebenarnya saya tertanya-tanya… kita mampu melahirkan ramai cendikiawan-cendikiawan ternama, golongan-golongan koporat yang mampu mencetuskan kemajuan Negara serta ketokohan pemimpin-pemimpin politik yang telah menjenamakan Malaysia di mata dunia, sedihnya, dalam waktu yang sama ramai juga generasi belia dan beliawanis kita jauh terpesong daripada pedoman hidup dan akhlak budaya Malaysia yang sebenar, iaitu kesopanan dan ketatatusilaan.

Saya tidak pasti, samaada anda semua menyedarinya atau saya hanya berbicara untuk memburukkan mana-mana pihak, namun saya sebutkan di sini, adalah atas rasa simpati memandangkan saudara terdekat saya turut termasuk dan berada di dalam carta mereka-mereka yang terpinggir dan berada dalam situasi membimbangkan….




Salah Siapa Sebenarnya

??? itulah yang perlu kita fikirkan……….

Salah siapa bukan matlamat kita, tapi??? Tanggungjawab siapa itu yang perlu kita perkasakan, serta tunjangnya.. mengapa fenomena ini berlaku?







Persoalannya


Apakah kita semua sedar? Hampir sebahagian mahasiswa yang berada di kampus-kampus hari ini merupakan mereka-mereka yang menyumbang kepada gejala sosial yang melampaui batas…… yang semakin hari semakin berusaha menghilangkan titik-titik iman di dada dan generasi inilah yang bakal menggantikan kepimpinan Malaysia kita kelak.. Mendukacitakan, tiada dara bagi anak gadis suatu kebanggaan buat remaja wanita Malaysia kita saat ini, justeru tidak cukup jika ada pihak yang bimbang kerana berkurangnya generasi kita atas alsan ramai rakyat kini berkahwin lambat, tetapi seharusnya bertindak lebih tegas keatas mereka yang berusaha melahirkan generasi pemusnah yang generasi ini sendiri tidak rela dilahirkan sedemikian.


Jawapannya………………………………………VVVVVVV


Sebenarnya kita gagal menterjemahkan matlamat serta asal usul dilemparnya manusia kedunia ini di dalam arena pendidikan kita, menyebabkan kita tersalah mensasar dan mencapai tujuan yang salah, bahkan kita telah memberikan pelbagai asbab, yang ia bukanlah salah kita, tetapi hakikatnya kitalah yang menganjurkan kerosakan landasan mereka, akhirnya kita tetap berkata kitalah di jalan yang benar, maka terlindunglah cahaya yang memanggil manusia kembali kepada pangkalnya………………………

Yakni memahami ia sekadar ciptaan yang akan dinilai kembali..


Wallah hua’lam…


Tiada ulasan:

Kerabat

Kerabat