Jumaat, 16 Oktober 2009

Cerita Pada Kawan



Teman, ..aku selalu mengharap… jika ada orang yang soleh bertemu denganku, kemudian dia berbicara, “wahai anak muda, sudahkah kamu penuhi kewajipanmu?” aku pula akan menyoal.. “Wahai orang soleh,apakah sebenarnya kewajipanku?” “wahai anak muda, bukan begini caranya jika hendak berbicara, sebaiknya menjawab pertanyaan terlebih dahulu sebelum menyoal”….. Hilang, apa yang hilang? Orang soleh sudah tidak berbicara kerana kesilapanku.


Aku pun bersendirian, menghirup nafas segar sambil merenung ke sawah yang terbentang luas dari pandangan di atas puncak gunung… “tak sangka kediamanku, negeriku di anugerahkan pemandangan secantik ini, wahai tuhan maafkanlah aku… kerna di usia 21 tahun ini baru aku menyedari kebesaranmu di bumiku sendiri..” hatiku bermonolog sedirian. Jauh di pandangan lain kereta api bergerak laju, pandangannya seakan kereta api mainan, aku masih pasti disitu adalah kawasan anak bukit.. dari puncak ini.. aku mampu memandang seluruh persekitaran negeriku.. Alor Setar..Jerlun kg halamanku..laut.. Pulau Langkawi.. Megat dewa semuanya dapat ku perhatikan dari puncak ini!!

Harapanku datang kembali “Wahai orang soleh, aku tidak mampu memenuhi apa itu tanggungjawabku.. aku punyai Pencipta, padanya aku perlu menunaikan hak-hakku sebagai makhluknya, tapi, lima waktu yang ternyata wajib masih berat untuk aku dirikan, sebaris kata aku abdi kepadanya… aku juga punyai orang tua.. ibu dan ayah, kewajipanku ke atas mereka tak terukir kerna aku berjauhan dari mereka…. Bagaimana sebenarnya kewajipanku…?”




“Wahai anak muda, jika dari puncak ini engkau perolehi pandangan yang tidak sama seperti tika engkau dibawah sana, begitu jugalah jika di umpamakan pandanganmu berbanding pandangan orang-orang soleh, mereka sudah diangkat disisi Allah.. sedangkan kita masih terpaut di bumi sementara ini…” masih tak faham.. bicara-bicara apa yang harus dibincangkan.. kewajipanku!.. pandanganku! Masih tidak difahami peristiwa ini……………………………………….

Dedaun berselisiran antara dahan dan dahan yang lain.. angin seakan sedikit kasar mengganggu renungan-renunganku.. tapi pandanganku tidak tertutup dari terus menghayati sejahtera alam, hanya bunyinya seakan bicara yang marah pada diriku….. apakah tumbuhan disini sedang mengerti apa yang aku mencari ketika ini.. kalaulah mereka mampu bicara, pasti aku akan bertanya kepada mereka!.. Entah berapa lama aku akan termenung di puncak ini.. selagi aku tidak memahami kehadiranku di puncak ini.. aku takkan turun dari gunung tunggal ini. Lenyap.. suasana telahpun lenyap apa yang aku hadapi sekarang aku berjauhan dari ibu bapaku.. jauh dari saudara maraku… apatah lagi Dia yang menjadi Tuanku.

Kata orang soleh..kedua orang tua kita adalah pembebas dari bahaya.. mereka adalah penyelamat kita dari neraka…! Benar-benar mudah jika begitu.. tidaklah rasa sendirian kalau benar ayah dan ibu akan menyelamatkanku dari azab dan siksa……. Tersedar… mana ada ayah lagi.. hanya tinggal ibu sekarang, anak ibu ramai, abang dua, abang tiri dua.. adik dua, sekali dengan aku tujuh.. siapa yang ibu akan pilih! Masih tak mampu untuk aku memahami.. “wahai orang soleh, katakanlah padaku apa yang akan membahagiakan kedua orang tuaku?”. Sepi.. sunyi dan tiada jawapan..




Saat ini aku kembali dilahirkan..aku menangis seperti bayi yang mengharapkan belaian seorang ibunya.. aku menangis bagai seorang anak yang mengharapkan pembelaan dari seorang ayah.. mengapa aku menangis sekarang.. biarpun air mata permata mengalir, takkan lagi muncul ayah di hadapanku.. takkan lagi ibu datang memujuk diriku, sekarang aku sudah dewasa, ibu unzur, lelah fikirannya entah bagaimana hendak membesar anak-anaknya! Ayah!!.. aku masih mempunyai abang, masih perlu berbakti kepada adik-adik.. tak, jangan sangka hanya sekadar itu… saudara-mara, teman-teman, rakan ayah dan semua, mereka juga perlu kepada baktiku… menangis… aku menangis, aku tidak mampu untuk menjadi seperti yang mereka harapkan.

Gunung yang ku daki, bukannya jauh dari rumah! Batu-batunya cantik, unik dan damai mata yang memandang… betul ka apa yang aku cerita? Emm.. tak baik menipu.. “mana tangisanku tadi?” Tanya diri.. “kononnya kau menangis tadi….!! Sekarang apa kau rasa?” kenapa dengan kau, asyik nak naikkan marah aku saja… tak ada kisah lain ka yang kau nak cerita? Marah!! Pada siapa marah? “memang! Memang aku sengaja nak sakitkan kau, biar kau rasa, biar kau tahu sapa kau sebenarnya”… “apa yang tak kena pada aku,apa lagi kesilapanku?, kau jangan asyik menghukum!” tertekan.. kadang-kadang kita tak mampu menanggung bebanan hidup, tapi ini dugaan Tuhan, jangan sangka ia adalah sia-sia.. Tuhan dimana kamu memandang pada ku.. aku tiada takwa, tiada pula mujahadah, aku hanya solat.. terpaksa dan ternoda…




“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah pada-KU” utusan Tuhan pada Muhammad.. Junjungan kita s.a.w… “wahai Tuhan!.. layakkah aku berbahasa hamba….. aku.. aku bukan..lah” gerimis permata tumpah lagi… Ayah.. aku teringat pada ayah, tak sempat ku berbkti, “wahai anak muda, berbakti tidak terhenti dengan matinya seseorang manusia… dan bukan begini caranya kau meratap..” Aku turun dari puncak gunung, pulang kerumah, ibu masih terlantar di lantai, tidur.. usianya bsudah sukar untuk bekerja… tapi ibu kuat.. ada hari turun ke sawah, ada lapang kami kerja bersama… aku dapatkan bantal tidur bersama,, jam! Waktu duha begitu 10.17 pagi…


Oh.. dah hampir Zohor, aduh.. malasnya, masih penat.. kepala diangkat, ku intai ke dapur ibu kmemasak.. terus berbaring.. hilang, tidur yang panjang, “alamak terlepas…. Ibu tak kejutkan” merengus.. “Anak muda.. kau kurang beradap dengan hatimu, jangan kau sangka perkara hati kami tidak tahu, dari atas puncak kami meliha seluruhnya” terjaga dan terus kebilik air, wuduk, dan solat Asar.. Zohor belum qadha.. sedap dapat makan asam pedas.. lama tak makan asam pedas mak… sedar tak sedar dah habis seminggu kat kampong, ah.. terumbang ambing.. macam tak semangat nak pulang ke Kolej.. dua minggu lagi dah nak puasa, tak dapat puasa dengan mak? Sedih.. mak lagi sedih….. sorang puasa kat rumah….
....bersambung....

Tiada ulasan:

Kerabat

Kerabat