Rabu, 6 Januari 2010

Negeriku Yang Indah Permai

Assalamualaikum...


Hai.. apa khabar semua! sekian lama saya tak berinteraksi di sini.. bukan ketandusan idea*** Cuma agak sibuk dengan urusan lain, dan masa yang terhad untuk menaip.. di ikutkan rasa hati nak di ulasnya segala isu yang bermain di minda.. emm tapi tak punya kesempatan. ape pun dalam cuti seminggu di kampung saya sempat mencuri ruang untuk bawa anak-anak buah berXPDC ke puncak gunung keriang.

Haa.. nak tahu semua, Gunung Keriang ni pun ada lagendanya sendiri, nak cerita ka? ok la.. tapi sebelum saya infokan pada anda semua kisah ni, eloklah kita ingatkan semula diri kita tentang kebesaran Allah swt. antaranya kisah-kisah yang di khabarkan di dalam al-Quran, berkaitan peristiwa as ha’bulkahfi, Zulqarnain memagar Ya’jud Ma’jud, tentang pengembaraan rohani Nabi Musa as dengan Nabi Khidir as dan banyak lagi peristiwa sejarah yang Allah sampaikan kepada kita di akhir zaman ini melalui al-Quran bertujuan agar kita mengambil sebaik-baik pengajaran serta berfikir akan kebesarannya.

apa pun lagenda Gunung Keriang masih tidak dapat di jadikan satu bukti yang kukuh kerana ia hanya penyampaian dari kisah-kisah orang tua dahulu kala, namun tiada mustahil pada hakikat jika peristiwa ini benar-benar berlaku..... jadikan ia sekadar kisah dan jika ada kebaikan sama-sama kita afikirkan kebesaran Allah swt. sesungguhnya daripada Allahlah kita datang dan kepadanya kita semua akan kembali.

Gunung Keriang terletak di tengah pembentangan sawah padi yang luas.. so bila anda berada di atas puncak sana anda akan dapat melihat betapa indahnya kehijauan sawah padi tersebut. balik kepada cerita gunug, keluasan persegi tak dapat di pastikan cz tak pernah ambil tahu.. menurut cerita orang dahulu kala, entah zaman bila? terdapat sejenis makhluk berbulu hitam, bertubuh besar dan tinggi yang tinggal di dalam perairan laut Selat Melaka. kata orang dahulu mereka menggelar makhluk tersebut dengan panggilan “Gelebai” kalau tak silap!!! cerita mereka lagi Gelebai ni bila dia tegur sahaja maka jadilah. itu tentang Gelebai.

Gunung Keriang! ia pada asalnya dikatakan sebuah kapal yang belayar di kawasan tersebut, ketika melalui tempat ia sekarang (Gunung Keriang) kemudian ia disumpah (ditegur Gelebai) akhirnya berubah menjadi batu..... simple ja kan kisah ni.. tapi !!!!! percaya atau tidak Gunung keriang agak istimewa kerana mempunyai satu telaga (perigi) kira-kira 27meter lilitan n persegi.. (anggaran saya ja nih) yang kedalamanya melepasi 8 batang pokok kelapa, (ni plak cerita orang) dan tiada siapa yang berani menyelam untuk bukti tersebut. emm tambah mereka lagi kadang-kadang sampai waktu tertentu air telaga akan berpusing membentuk pusar air. pernah saya dengar cerita orang situ, kata mereka dulu ada 2 orang mat saleh yang datang untuk buat kajian, kebetulan ketika mereka mandi air telaganya berpusing dan seorang daripada rakannya lemas, sebulan kemudian mayat rakannya ditemui di perairan kuala kedah yang jaraknya dengan Gunung Keriang lingkungan 8 ke 9 kilometer. dan penemuan mayat tersebut turut di sahkan oleh rakan yang datang bersamanya. Wallahuaqlam... tak sahih pun.

Cerita tentang telaga tadi lagi, kata orang dibawah telaga sana terdapat banyak lubang seakan saluran yang menghubungkan telaga tersebut dengan lautan. juga tak pasti... tapi bila saya tengok ke dalam telaga tu... huh.. memang betul-betul dalam! dah habis pasal telaga sekarang nak cite pasal guanya pulak. kira-kira 15 minit pendakian, kita akan sampai ke gua terlebih dahulu, gua yang diberi nama Gua Sanding. nak tahu! dalam gua tersebut terdapat batu seakan seorang wanita yang bersanggul duduk bersimpuh dan di depannya terletak seakan rehal. (seakan sedang membaca al-Quran) dalam 5 bulan yang lalu kawan saya memaklumkan yang sanggulnya kini retak sebelah kerana di pecahkan oleh pengkaji dari barat. lagi..? tempat ni saya tak pernah sampai, kawan yang sama memberitahu dengan melalui sebuah lubang gelap yang keluasanya hanya muat untuk seorang dewasa, mereka berjaya tiba di dalam gua yang lebih luas di mana mempunyai permukaan yang sama rata seluas gelanggang badminton dan tinggi di bahagian atasnya, lebih menarik!! menuruni kedalam perut gua itu, mereka sampai pula ke sebuah telaga yang agak luas yang di dalamnya terdapat banyak udang galah sebesar lengan (namun bukan orang sebarangan yang boleh menangkapnya). begitu juga gua yang di sebelah bawah berhampiran muzium padi. saya pernah masuk kedalamnya bersama sepupu, dan hairan gunung yang ditengah sawah mempunyai telaga yang airnya jernih dan terdapat spisis ikan seluang bukit yang banyak. telaganya hanya paras lutut dan tak pasti kedalaman hujungnya.(yang ni punya tak da udang galah).

Nak cerita lagi.. saya dengar dari cerita mak sedara saya.. dulu-dulu orang nak kenduri pinjam talam n pinggan mangkuk kat gunung tu la.. pinjam dengan orang Bunian. tapi bila ada yang tak pulangkan balik mereka dah taknak pinjamkan. saya pernah dengar camne bahasa bunian untuk pinjam pinggan tu... ntah.. mana mak sedara saya ambil cite ni saya tak tahu!! sekianlah kisahnya hi..hi..

Sebenarnya saya hanya nak kongsi XPDC mendaki Gunung Keriang sahaja dengan anda semua, jadi saja saya letakkan juga kisah dogeng Gunung Keriang ni.. sekarang Jom kita tengok!!! apa yang ada..


dek kerana anak-anak buah ni beria-ria sangat nak daki gunung tu..
saya terpaksa ambil risiko untuk bawa diorang ni..
bukannya apa sebenarnya bimbang jugak cz curamnya yang tinggi.

haa.. tengok ni, hari tu kali pertama bawak diorang naik.. hanya sampai pondok pertama ja cz yang depan tu.. M.akmal dah letih, dan time tu pun agak terhad. kali ni  saya bawa diorang sampai puncak. macam ni la keadaan batu-batu gunung ni.


yang ni plak diorang posing kat Gua, tapi bukan gua yang saya cite kat atas tadi.. yang ni lain pulak. guanya tak la panjang cuma dalam 13meter cam tu ja... ni tak la pasti sama ada memang terjadi sendiri atau buatan manusia.


tengok ni rileks ja diorang posing... yang bimbangnya kita, mak ayah diorang tak tahu ni bawa daki gunung, kalau tahu sah kena *%et# hi..hi.


ni.. la hasil pemandangan yang dapat di lihat jika dah sampai ke puncak..
yang Zaidi tunjuk tu. cuba teka apa?
nak tahu.. tu lah Bandaraya Alor Setar. tengok dalam kabus tu
Menara Alor Setar dan City Plaza

yang ni plak gambar perkampungan di kaki gunung....




gambar ni... menghala ke laut. kalau bukan pukul 12.00 tengah hari kami tiba di puncak,
munkin kami dapat melihat pulau langkawi dari sini.. dek kerana kamera tak secanggih mana ni saja hasil yang dapat... kalau tengok ngan mata sendiri lebih jelas, nampak kehijauan air laut.


kawasan ni la yang ditenggelami banjir baru-baru ni.. yang kata TPM datang ke Sek. Men. Sri Gunung. yang nampak putih tu kesan daripada ancaman Siput Gondang!

tengok la diorang punya aksi... tengah panas ni..

ok.. sekarang macam ni la wajah diorang bila dah sampai ke puncak Gunung Keriang ni..
rasanya cukup setakat ini dulu perkongsian saya.. len kali ada info leh kongsi lagi
akhir kata.. Jom la melawat kedah terutama Gunung Keriang ni..
insyaAllah lepas ni saya bawakan pada anda keunikan Bunga Batu yang diperolehi dari perut Gunung ini
"SEKIAN SALAM UNTUK SEMUA"


Tiada ulasan:

Kerabat

Kerabat