Khamis, 7 Januari 2010

Amanah Bakal Bermula!!!

Assalamualaikum dan salam saudara..
          Baru-baru ini, abang saya berhasrat membuka cawangan Pertubuhan Seni Silat Harimau Bentara Garang (PSSHBG) di Pulau Pinang. apa yang saya gusar sebenarnya, abang saya ni tak pun pernah belajar silat ngan Tok Guru saya. tapi memang dia sering ziarah dan berbual dengan Guru Utama Jaafar Mat Isa, ini kerana hubungan erat antara kelompok keluarga saya dengan Guru Utama Jaafar Mat Isa sudah sekian lama terbina semenjak 15 tahun yang lalu. ini adalah antara murid lama Guru Jaafar Mat Isa adalah sepupu saya. dan boleh dikatakan kebanyakan kelompok keluarga saya belajar persilatan daripada Guru Jaafar Mat Isa.
         Apapun tentang hasrat abang saya untuk menubuhkan PSSHBG cawangan Pulau Pinang amat disenangi oleh Guru Utama dan amat di alu-alukan. Abang saya sebenarnya bukannya berpengalaman dalam hal begini, tetapi keruntuhan akhlak di kalangan anak muda Flat Ampang Jajar Pulau Pinang membuka hijabnya untuk menabur bakti. kebetulan Flat tersebut sedang dalam proses penubuhan Penguat Kuasa Rukun Tetangganya. justeru dalam mesyuarat abang saya menyuarakan hasrat memasukkan Sesi silat sebagai agenda untuk menarik minat anak muda untuk di Islahkan. dan kebetulan juga pada hari itu antara penghuni Flat tersebut terdapat seorang murid lama Guru Jaafar Mat Isa (abang Razak) yang mula belajar sejak tahun 1972. dengan matlamat yang tinggi Rukun tetangga bersetuju menjadikan PSSHBG sebagai anak angkat mereka di Flat tersebut.
        Januari ini saya diberitakan akan bermulanya majlis perasmian gilang-gemilang penubuhan PSSHBG cawangan Pulau Pinang, dan tambah menguatkan lagi penaungnya adalah YB Professor Mansor (TMB Pulau Pinang.)

Pengerusi Rukun Tetangga Flat Ampang Jajar ketika mengumumkan
PSSHBG sebagai anak angkat.


antara pasukan persembahan PSSHBG sempena Hari Pelancaran Pertubuhan Rukun Tetangga Flat Ampang Jajar Pulau Pinang.

Maka bermula sekarang AMANAH bakal bermula kerana saya antara murid yang di amanahkan untuk membimbing dan membangunkan belia Flat melalui proksi PSSHBG.
mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
""AMIN""

Tiada ulasan:

Kerabat

Kerabat